Aku, Aaina. Pekerja di salah satu rangkaian kedai buku di Malaysia.
Punya teman lelaki yang dah aku cinta punyalah lama tapi status masih 'It's complicated'.
Sejak jadi artis yang dikenali, lain pula perangai Eddie. Kalau dulu aku sajalah teman dia berbual dua puluh empat jam, sekarang ni nak tengok IG Story aku pun dia tak sempat.
Sayang punya pasal, aku sabarkan juga hati.
Dalam status aku dan Eddie yang masih tak tahu hujung pangkal, muncul pula the IT Guy yang misteri.
Kata Laila, Jian the IT Guy tu selalunya pandang orang pun macam nak makan. Itu pun kalau pandang, selalunya dia buat orang yang pandang dia tu macam rumput tepi jalan je.
Tapi... dialah yang jadi penyelamat waktu aku kemalangan malam Eddie putuskan hubungan. Dialah juga yang jadi orang yang hantar aku balik kampung lebih 400km jauhnya dari KL sebab aku tak ada saudara mara lain di KL yang nak jaga.
Kata Amanda pula, kes Jian Ho rapat dengan aku adalah kes pelik sebab selama ni lelaki itu jarang-jarang berbaik dengan staf lain.
Dan yang paling aku paling tak sangka, kata Amanda lagi, the IT Guy yang hantar aku balik kampung itu rupanya anak bongsu bos besar rangkaian kedai buku yang aku bekerja! Logik ke?
PENULIS: ANJELL
TAJUK: DR. ALPHA MALE
HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS)
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.
"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH
Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.
"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH
Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.
"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL
Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.
Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.
Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya...
"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH
Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?