Surat ini aku tuliskan untuk kau yang berada di syurga , Park Sae Rin. Park Sae Rin, gadis yang aku kenal buat pertama kalinya di ruangan latihan kami. Gadis yang memiliki mata seperti mutiara dan seakan-akan memiliki 1001 rahsia dunia didalamnya. Gadis yang berkawan baik dengan langit dan bintang. Serta gadis yang berkongsi segala liku hidupnya dengan alam semesta , sebelum hadirnya aku buat dia. Sungguh tidak disangka , bagaimana saat kau datang memeluk aku di malam yang dingin sambil mendengarkan tangisan aku. Di malam malam yang dingin itu juga,hari pertama aku rasmi menjadi pengamat bintang yang instimewa buat kau. Hyung.Sungguh aku tidak menyangka kau sempat digelar begitu oleh aku. Dan sekarang hanya tersisa gelaran sayang di depan makam mu. Park Sae Rin , kau tidur lah disana dengan aman. Aku akan menuliskan seluruh warkah ini sambil menceritakan pada mereka kisah hidup kau. Akan aku sulam setiap perkataan dengan baik agar mereka semua tahu perjalanan gadis yang cukup tabah iaitu Park Sae Rin. "Manusia biasa hanya akan menatap langit di malam hari kerana bintang yang menjadi perhiasannya. Sedangkan saya ingin menatap langit sepanjang masa walaupun dibawah terik sinaran matahari " Semua, di dalam buku ini. Aku sertakan satu peta kehidupan gadis yang aku cinta dan kini berada di sana.All Rights Reserved