7 orang 'Brotherhood' di Bandar Glolia merupakan pembela keamanan yang paling terkenal dan sering diburu oleh penghancur kedamaian dari kumpulan Locoid. Syafiq,Alif,Luqman,Fateh,Faris,Harith dan Zairil ialah ahli kumpulan 'Brotherhood' yang sangat lincah,cekap dan hebat di dalam kemahiran mereka yang tersendiri. Meskipun mereka semua adik-beradik tetapi masih banyak rahsia yang tidak diketahui.Masing-masing menyimpan rahsia yang tidak dapat dirungkai antara satu sama lain.Hanya ada satu sahaja persoalan dan rahsia yang mereka fikirkan sepanjang masa iaitu siapakah di antara mereka yang memiliki kuasa sebenar 'Brotherhood'? Keamanan dan kedamaian kini diragut oleh orang yang tiada perikemanusian.Dapatkah ahli 'Brotherhood' menyelamatkan keadaan? Siapakah pemilik sebenar kuasa 'Brotherhood" dan apakah yang bakal menanti mereka?
Mais detalhes