Semesta Yang Melarang (C)
82 parts Complete Second Story by flowylia
Aril Hareez & Aqil Haiyan
"Orang yang paling tenang selalunya menyimpan perang paling dahsyat dalam dirinya."
Aril Hareez pernah jadi pelajar harapan. Tapi semua berubah. Tekanan keluarga dan pengaruh rakan menjatuhkan dia ke lembah hitam.
Dia mula ponteng sekolah, memberontak dan hilang hormat pada sesiapa saja, termasuk keluarganya sendiri.
Baginya, dunia tak pernah adil. Dan dia tak perlu peduli lagi.
Semuanya mula berubah apabila muncul seorang lelaki sebaya dengannya yang bernama Aqil Haiyan. Adik tirinya.
Aqil datang dalam hidup Aril secara tiba-tiba. Tenang, sabar, dan terlalu 'sempurna' pada mata Aril.
Aril tak tahu kenapa, tapi kehadiran Aqil buat dia rasa tergugat. Seolah-olah ada maksud tersirat di sebalik setiap langkah Aqil.
Tapi masa terus berjalan, dan tanpa sedar... Aril berubah. Dia mula perlahan-lahan meninggalkan sisi gelapnya.
Walaupun hatinya mula terbuka, egonya tetap kukuh. Dia tak akan pernah mengaku, apatah lagi tunjuk rasa.
Namun Aqil sedar sesuatu yang orang lain tak nampak. Aril menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang sangat besar dan terlalu dalam untuk diceritakan.
Apa sebenarnya yang Aril sembunyikan?
Dan mampukah Aqil menjadi cahaya dalam hidup seseorang yang sudah terlalu lama hidup dalam gelap?
Time processing:1 Mei 2024 - 25 Mei 2025
Start: - 25 Mei 2025
End: - 13 Julai 2025
WARNING ⚠️
Tolong !!!
Jangan skip chapter atau tengok ending tanpa baca sampai habis !!
It might be a big spoiler !!!!
Dilarang plagiat!!!
(100% my idea)
"Kau hadir disaat aku membencimu dan kau pergi disaat aku menyukaimu"