Bermulanya pertemuan Fareeq Farhan dengan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun. Setiap perkara yang berlaku kepada mereka hanyalah kebetulan sahaja. Disebabkan mulianya hati Fareeq, Encik Faizal yang merupakan bapa kepada gadis itu bermula tertarik dengan lelaki itu. Dengan sifat tanggungjawab dan baik hati Fareeq Farhan, berjaya menarik hati Qaisara Adriana yang sudah tidak percayakan lelaki.