PEWARIS DIKEHENDAKI

PEWARIS DIKEHENDAKI

  • WpView
    LECTURES 115
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Chapitres 10
WpMetadataReadEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication ven., août 29, 2025
"Kenapa kau ikut aku?" wanita berpurdah itu berpusing ke belakang. Habeen rimas dengan tingkah lelaki itu. "Sebab saya setia orangnya," lelaki bertopeng itu menjawab. Naik menyampah dengan lelaki bergelar Pemburu di hadapannya. "Dan siapa yang dekat sini perlukan kesetiaan kau tu?" bunyi cengkerik menambah perisa pada situasi itu. Tapi lelaki itu hanya tergelak besar dan tidak menghiraukan soalan itu. Hakikatnya mereka bukanlah suami isteri dalam apa-apa sijil dan lafaz untuk menagih erti setia tersebut. Ini kisah mengenai seorang perempuan berpurdah hidup berseorangan di ceruk hutan secara misteri- Habeen Naurah Juga Pendatang tanpa izin yang datang mencari Habeen, untuk menyelesaikan misinya mencari orang dikehendaki - Mehmet Ezekiel Pertemuan dalam paksaan sebelah pihak itu bertujuan hanya satu perkara, 'Pewaris dikehendaki' oleh orang kaya negara, gadis bernama Laila Khadijah. Ezekiel ingin mencari lokasi Laila, manakala Habeen pula berusaha menyimpan lokasi Laila. Siapa Laila yang dicari ini? Laila menjadi jambatan pertemuan mereka berdua. Hakikatnya semakin lama mereka bertembung, semakin pecah pula rahsia tak berbedung. Rahsia itu membuka ruang untuk pencarian waris baharu, membuang yang namanya Laila. Di antara dua calon baharu, siapa yang layak digelar pewaris dan siapa yang layak di korban? Mata yang melihat sedia menilai untuk mencari pewaris dikehendaki. Previous name:THE WANTED HEIR
Tous Droits Réservés
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
  • Memory Season 1 (Complete)
  • Cerpen: Suamiku Belangkas
  • SUMPAH : Bukankah Itu Balasan Yang Setimpal?
  • Manis Tentang Kita (Free Chapter)
  • Siri 1 : N. ZAHARA MELLYSA
  • 🔞Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq
  • Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅

Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives de Contenu