Pakcik Quarantine

Pakcik Quarantine

  • WpView
    Membaca 160
  • WpVote
    Vote 39
  • WpPart
    Bab 9
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Min, Jun 6, 2021
WpInfo
Fiksi
Romansa
"Akhirnya 4G juga line malam ni, haih memang nak duduk dekat bahagian balkoni juga ke baru line tidak lemau macam siput?" omel ku sendiri sambil bersandar di balkoni hospital tersebut. Tanpa ku sedar aku melihat susuk tubuh tinggi lampai berpakaian baju pesakit di hospital tersebut sedang memandang ke luar balkoni di sebelah ku yang berjarak lebih kurang 7 meter. Aku menghiraukan susuk tubuh tersebut dan memberikan perhatian kepada telefon pintar aku. Tanpa aku sedar, guruh sedang menyambar-nyambar dengan kuatnya seperti menyuruh aku masuk tidur. sedang aku melangkah setapak kehadapan menuju ke pintu ruang bilik pesakit, aku melihat susuk tubuh tersebut duduk di atas lantai bahagian balkoni dengan kedua-dua lututnya dirapatkan ke dada sambil kedua-dua tangan menutup kedua belah telinga telinganya. Aku mendekati susuk tubuh tersebut. "Encik? encik okay tak ni?" tanya ku dengan suara yang sedikit kuat. Hujan mula turun dengan lebatnya diselang-selikan guruh yang kuat. Susuk tubuh tersebut kelihatan menggigil dengan kedua-dua tangan masih setia menutup kedua belah telinganya.... Nur Irdina Binti Sofian merupakan anak sulung daripada 3 adik-beradiknya. Dia juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Kehilangan ayah tercinta menyebabkan Irdina lebih memilih mencari wang untuk meringankan beban Ibunya yang perlu menanggung persekolahan mereka.Dia juga merupakan seorang gadis yang peramah. Mohd Izat Adrian Bin Dato Khalid merupakan anak tunggal dalam keluarga tersebut. Disebabkan desakkan keluarga, Adrian terpaksa belajar, belajar dan belajar sehingga dia berjaya dan mahir dalam selok -belok bidang perniagaan. Adrian merupakan pewaris syarikat La belleza es dolor yang menjual barangan kosmetik dan kesihatan buatan Malaysia. Disebabkan desakkan keluarga yang menyuruhnya belajar tanpa henti telah menyebabkan Adrian menjadi seorang yang tidak peramah dan lebih sering bersendirian.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#621
malay
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • SUDIKAH? (OG)
  • Oops,Terjatuh Cinta?✔
  • KIDULT [OG]
  • Tak kan Pernah Ada (Completed)
  • Bekas Kekasih Dia! ☑
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • Nota Dari Penjara
  • 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐝𝐚𝐦 {C}

Seorang gadis yang ingin menjejaki kehidupan orang dewasa dengan bekerja di sebuah syarikat yang ternama di bawah nama keluarga HANS. Tapi apakan daya pertemuan di antara pemegang syarikat tersebut dengannya membuat dia terpana seketika. Sakit. Sangat sakit. Itu apa yang dirasakan olehnya. Walaupun bertahun-tahun telah berlalu, kesan luka di dalam jauh sudut hati tidak pernah hilang. Semua kisah silam semasa dia masih muda terimbas tanpa diingini. "Awak......a-abang senior tu.." Najwa Calisya "Ingat free ke renung muka kacak aku? Bayar seratus." Ardif Ethan Tidak. Najwa tidak mampu menghadap lelaki itu. Kadang-kadang terfikir, kecil sangat ke dunia ni sampai boleh dipertemukan dengan dia semula selepas beberapa tahun tidak bersua. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk tidak bekerja di situ. Tetapi sesuatu ataupun seseorang yang menjadi penghalang dia untuk berbuat sedemikian. "Ian suka akak. Kahwin dengan daddy please?" Ian Qalish "Eh? Adik anak siapa?" Najwa Calisya Semua hal yang terjadi terlalu membawa bebanan kepada hidup Najwa. Apakah maksud di sebalik pertemuan tersebut? Adakah semua ini akan berakhir dengan kegembiraan ataupun tidak? "Nak buat satu pesanan boleh?" Ardif Ethan "Apa dia?" Najwa Calisya "Nak pesan awak untuk jadi isteri saya?" Ardif Ethan "Amboii muka tak tahu malu, tak boleh!" Najwa Calisya Ardif sedar bahawa dia telah banyak berbuat salah terhadap Najwa semasa usia mereka muda dahulu. Dia mengaku dia menyesal atas perbuatannya dahulu. Sekarang dia sedang menghadapi segala balasan yang dia perlu terima dengan rela hati. Persoalannya, mahukah Najwa memaafkannya dan membuka pintu hatinya untuk dia melangkah masuk?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan