Vanila Vs. Coklat

Vanila Vs. Coklat

  • WpView
    Leituras 14
  • WpVote
    Votos 1
  • WpPart
    Capítulos 1
WpMetadataReadConcluída sáb, fev 20, 2021
WpInfo
Ficção
Fantasia
Sebaik sahaja pukul 12 tengah malam, aku diserbu ketika sedang bersiap sedia untuk tidur. Aku tersenyum melihat sebiji kek yang berwarna separuh hitam dan separuh putih yang mereka bawa.. Coklat dan vanila, aku suka kedua-duanya. "Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi, Krystal! Selamat hari jadi!" Tepukan yang padu bergema di dalam ruangan tersebut. Aku agak sebak kerana hari itu adalah hari terakhir aku tinggal di Luvna Ashibli. Aku tidak lagi boleh tinggal di rumah anak yatim itu selepas mencecah umur 19 tahun. "Krystal, tiuplah lilin tu," teguran itu mengejutkan aku daripada terus terbuai dengan lamunanku. "Kakak, cepatlah! Make a wish," kata Lucas, seorang lagi penghuni yang aku sudah anggap seperti adikku sendiri. Aku menautkan jari-jemariku di hadapan wajahku lalu mata aku pejamkan. Nafas aku hela dengan perlahan-lahan lalu aku menyatakan hajatku di dalam hati. Selesai menyatakan hajatku, aku membuka mata dan wajah-wajah mereka kembali menyapa pandanganku. Aku meniup empat batang lilin itu dengan sekali hembus, mengundang tepukan yang gemuruh oleh insan-insan di hadapanku. Para penghuni Luvna Ashibli yang lain sudah lama memandang ke arah kek, barangkali terliur dengan kek tersebut yang kelihatan menyelerakan. "Okay, sekarang ni kakak kena buat pilihan. Kakak nak makan perisa vanila dulu ke perisa coklat?" Tanya Wendy dengan penuh teruja. Aku memegang pisau pemotong kek itu lalu tersenyum. Aku terus memotong kek itu pada bahagian perisa yang aku pilih. Tindakanku mengundang rungutan daripada Wendy. "Kakak! Mana boleh kakak potong tengah-tengah macam tu! Kakak kena belajar buat keputusan!" Aku tersengih nakal. Kemudian, hajatku tadi kembali bermain di fikiranku. Aku harap sempena umur aku genap lapan belas tahun, hidup aku akan bertambah baik. Aku harap aku akan mampu hidup di luar sana dan aku mampu membuat keputusan yang baik dalam setiap keadaan yang memaksa aku untuk memilih.
Todos os Direitos Reservados
#187
nct
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]
  • TERLUKA MENCINTAIMU OG (Slow Update)
  • Harapan Tidak Diingini
  • 𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
  • I LOVE YOU BUDAK XL ❤️    COMPLETE ✔️
  • Mati (A Complicated and Cringy Story)
  • Farrel's Boo ©️
  • KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
  • He's My Real Love Luqman Hakeem | COMPLETE

(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2] [Siri L&D] B1 NO COPY! ⚠️ Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga yang berada malah dilimpahi pelbagai jenis kemewahan, siapa sahaja yang tidak bahagia bukan? Namun bukan itu yang aku banggakan. Walaupun hidup bersama keluarga yang bahagia dan juga berada, tiada siapa yang menyangka bahawa kehidupan ku dipenuhi dengan pelbagai ancaman malah ada yang sanggup merancang untuk meragut nyawa ku. 'Mereka' sanggup berbuat apa sahaja asalkan harta yang telah sekian lama ku jaga rapi menjadi milik 'mereka' . Malah bukan hanya nyawa ku sahaja yang menjadi taruhan, mereka yang berada di sekeliling ku juga menjadi target seterusnya . Ada yang sanggup merancang untuk membunuh mereka dalam diam. Penuh perancangan yang tertib. Hal itu, mujur sahaja aku sedari awal. Jika tidak, pasti akan ada pertumpahan darah yang berlaku ketika ini. Hal ini berlarutan sehinggalah aku berpindah ke tanah air tercinta. Bertemu dengan seorang lelaki yang telah sekian lama tidak kelihatan. Lalu bertemu pula dengan 'musuh' yang lagi tangguh daripada biasa. Merancang dengan lebih banyak lagi muslihat yang sukar untuk dirungkai sendirian. Sehinggalah membuatkan aku terpaksa 'berehat' dalam 'tempoh masa yang panjang' "Aku terpaksa pergi , aku nak sangat kau jaga anak kita baik baik. Biarkan dia membesar sihat." Tika itu lah langit kelam menghiasi dunia 'si dia'. Hanya kata kata 'maaf' mampu ku ungkapkan beribu kali dalam setiap do'a. Aku tidak mahu 'si dia' terluka lagi dan kerana itu aku merahsiakan tujuan utama ku. Ketika ombak menghempas kuat batuan di gigi air, sang mentari datang menerangi langit yang dulunya kelam. AKU JANJI! Aku pergi dan akan kembali untuk MEMBALAS DENDAM. "DIA TELAH BANGKIT DARI NERAKA."

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo