Hadirah. Namanya manis seindah wajahnya. senyumannya bak sinaran yang sentiasa menerangi hariku. Walaupun kami tidak pernah berjumpa tetapi aku tahu sikapnya dengan orang, ibu bapanya,termasuklah aku dan tidak lupa kebijaksanaannya membuatkan aku semakin jatuh hati padanya. Dia sudah berpindah ke Johor kerana masalah ibunya. Aku tidak dapat menghalangnya kerana aku tidak tahu langsung rupa sebenarnya. Sampailah satu hari aku belajar di Universiti Malaysia Johor. Aku berasa sungguh gembira. Aku berharap agar dapat berjumpa dengannya. Tanpa kusedari ketika aku mahu mencari tempat duduk kerana mahu makan, aku terlanggar seorang wanita yang persis seakan akannya. Gambarnya sudah aku lihat sebelum aku menuntut di menara gading ini lagi. Aku terkejut adakah ini "Hadirah" gadis pujaanku waktu dulu?