AISARA (COMPLETED) ✔
  • Reads 188,607
  • Votes 13,258
  • Parts 47
  • Reads 188,607
  • Votes 13,258
  • Parts 47
Complete, First published Feb 03, 2021
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?"

Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. 

Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. 

"Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" 

"Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" 

Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. 

Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu.

Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda  kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! 

Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu.

"Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!"

"Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!"

MULA: 6 MAC 2021
TAMAT: 5 JUN 2021
All Rights Reserved
Sign up to add AISARA (COMPLETED) ✔ to your library and receive updates
or
#8misteri
Content Guidelines
You may also like
Dendam Cinta by nurulainsyuhadaaa
12 parts Ongoing
Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan. "... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way." - ALFAN "... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!" - DYLA Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan... melamarnya di hadapan orang ramai! "Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak." "Kita bincang lagi sekali, okey?" Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut 'okey...' Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit. ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu. Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya. "Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?" "Cinta..." "Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa." Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta?
His Eternal Destiny | OG by ckrosejay
10 parts Ongoing
Pada mulanya niat Qausar pulang ke kampung hanya mahu menenangkan fikiran tapi lain pula yang berlaku bila mana dia dengan sengaja menempah bala melanggar anak dara Imam Al Khawarizmi, pemilik Sekolah Pondok Jannah Al Firdaus. "Boleh tak you bawa motor jangan macam siput?! I nak cepat ni!" -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 "Kalau nak cepat sangat pergilah bawa jet bukan kereta!" -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 Akibat dari kejadian tersebut, Kayyisa mahu Qausar tanggung kos kerosakan motorsikal walidnya. Namun, apa yang dia harapkan luar dari jangkaan. "Abang nak masuk meminang. Anggap aje lah abang bertanggungjawab." -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 Duit ganti rugi tak ada, pinangan pula yang sampai! Lebih mengejutkan Kayyisa, Qausar bukan orang biasa-biasa! Berpangkat Dato' dan Presiden kepada syarikat kapal percutian mewah. "Di sini ada penunggu hutan. Cubalah Dato' seru dia. Seru minta semangat." -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 "Eh, ya ke? Siapa penunggu tu?" -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 "Tumbiruo..." -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 Bermacam cara Qausar lakukan untuk memikat hati si dara hingga sanggup meninggalkan kehidupan mewah di kota. Berlainan pula dengan Kayyisa yang tidak berhenti dari terus menimbulkan onar supaya perkahwinan mereka dibatalkan. "Dato' buat sidang media, cakap yang bakal isteri Dato' lari ke sempadan Thailand." -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 "Amboi! Habis itu muka abang nak letak mana? Celah batang pisang?" -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 Tak kira umur, pangkat atau harta. Orang kata kalau dah jodoh pasti tak ke mana. Mula asing kini dekat terikat. Suami kucing, isteri singa. Suami drama king, isteri troublemaker.
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢  by thenuraaa
63 parts Complete
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 "Ikhlas apa benda ni? Awak ingat saya tengah mengemis persahabatan ke? Pergi balik. Semak" -𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Semakin lama, perasaan cinta dan sayang pun semakin berkembang di hati Syed dan berkemungkinan bergitu juga dengan Raisya Meskipun susah untuk Syed berkenalan dengan Raisya, Syed tetap mengejar gadis itu tanpa menghiraukan sikap dingin Raisya terhadapnya Raisya pula tidak mahu mengaku dengan perasaan sendiri. Dia ragu-ragu Syed sentiasa ada di sisi gadis yang di cintai dan dia nekad ingin menjaga serta menyayangi Raisya untuk seumur hidupnya "Kita kahwin" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 "Kahwin?" -𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Pada akhirnya, mampukah bahagia menjadi milik mereka? Adakah bahagia akan berpihak kepada mereka? Inilah takdir mereka yang sempurna - 𝟏𝟎𝟎% 𝗶𝗱𝗲𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 - 𝗽𝗹𝗮𝗴𝗶𝗮𝘁 𝗶𝘀 𝗻𝗼𝘁 𝗮𝗹𝗹𝗼𝘄𝗲𝗱
You may also like
Slide 1 of 10
IZARA DE'ZARIEL ANGEL cover
Mafia in Love cover
Dendam Cinta cover
Bukan Cinta Pertama [✔︎] cover
[C] DERITA YANG KAU BERI. cover
RAYYAN MIKHAEL [✔︎] cover
Malam Tanpa Bintang [COMPLETED] cover
Saat Memori Bercerita cover
His Eternal Destiny | OG cover
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢  cover

IZARA DE'ZARIEL ANGEL

4 parts Ongoing

Synopsis : Dia bekas seorang tukang masak.Dia seorang Juruterbang.Dia mempunyai sisi gelapnya yang tersendiri dan dia adalah Tengku Zariel Zikry. Penjaga utama buat bidadari yang telah lama diciptakan khas untuknya.Bidadari yang bernama Putri Nur Izara. Namun,sebuah kisah silam hitam yang telah dicipta oleh Zariel dan mencemarkan hidup Izara membuatkan si gadis membenci lelaki tersebut. Siapa sangka,ketika ikatan kasih mula bertaut,salah seorang dari mereka mula menjauh dan mengundurkan diri.Zariel,terlebih dahulu ingin menghancurkan ikatan kasihnya diantara Izara.Ini semua untuk kebaikan mereka berdua. Zariel bimbang,jika sekali lagi dia melakukan kesalahan yang sama terhadap Izara dan membahayakan nyawa bidadarinya. " I had my own demons,I was fighting so i pushed you away." - Tengku Zariel Zikry -