Delisha Khairina seorg penulis novel genre romantik yg semakin bertambah popular kerana dia telah pun berjaya menghasilkan lebih dari 10 karya hasil dari usahanya sendiri.
Tambahan pula, dia hnyalh seorg pelajar tingkatan 4 yg menuntut di SMK Harmoni.
Dia ingin menghasilkan lebih banyak lgi novel-novel bengenre romantik namun malangnya, manuskrip cinta tidak lagi diterima oleh pasaran. Dia dikehendaki menulis cerita hantu! Sedangkan jiwa remajanya langsung tiada kesebatian dengan perkara-perkara ghaib seperti itu.
Pelbagai cara telah dilakukan, tonton filem seram, baca kisah-kisah mistik. Namun usahanya tak membuahkan hasil. Sampailh satu ketika, dirinya telah dibuka hijab setelah dia mendapatkan kalung perak yg diberikan oleh seorang tua.
Tapi nasibnya bertambah semakin malang kerana makhluk-makhluk halus itu sering menggangu ketenteraman jiwanya. Kalung sudah tidak dipakai tetapi mengapa gangguan kekal mendominasi? Apakah nasib Delisha Khairina? Mampukah hijab matanya tertutup kembali? Atau dirinya perlu melihat entiti-entiti ghaib dengan mata abadi?