Kelihatan seorang gadis terbaring kaku diatas katil hospital. Kepala dan tangan gadis itu penuh dengan kesan balutan akibat kecederaan Yang dialami gadis itu. Sudah seminggu gadis itu tidak sedarkan diri, Edward mengenggam tangan milik gadis itu, walaupun mereka baru berkawan selama tiga bulan. Tidak salahkan kalau dia mahu membantu gadis itu. Pintu wad tersebut dibukak dari arah luar. Kelihatan susuk tubuh sasa seorang lelaki melangkah masuk ke dalam wad lalu menghampirinya. "Signore, ora dobbiamo tornare a casa" Kata lelaki bertubuh sasa itu, kedengaran nada yang digunakan agak serious. Hati Edward mula berasa tidak sedap. "Quello the è successor?" Edward mula berdiri hatinya betul-betul rasa tidak tenang sekarang. Apa yang dah berlaku? "Il maestro Sebastian è morto di infarto" Kata lelaki itu tenang. Wajah Edward sudah bertukar tidak mungkin datuknya sudah meninggal. Coat pada bahagian leher lelaki itu ditarik kasar, sehingga membuatkan dahi mereka hampir terhantuk. "Non scherzare con me!" Agak kasar nada yang digunakan Edward. Tubuh sasa itu ditolak menjauhinya. "Non sto scherzando giovane maestro. Ora dobbiamo tornare a casa" Lelaki itu mengawal nada yang digunakan, kalau ikutkan hatinya mahu lebam wajah cucu majikkannya sekarang ini. "Vattene DA qui adesso!" Tengking Edward tubuh sasa itu ditolak ke arah pintu. Setelah orang kanan datuknya itu keluar dari wad tersebut, dia baru saja mahu melangkah ke sisi katil gadis itu. Kedua kakinya terkaku, Dia seakan sedang bermimpi atau ini hanya adalah imaginasinya. Macam tidak percaya yang gadis itu sudah sedar. "Amanda" - - - - - - - Terjemahan aku dipublish setelah cerita ini tamat 😉All Rights Reserved
1 part