Hanya Pada-Mu : Raes Ali

Hanya Pada-Mu : Raes Ali

  • WpView
    Membaca 267
  • WpVote
    Vote 49
  • WpPart
    Bab 5
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Sel, Sep 7, 2021
WpInfo
Fiksi
Romansa
Hanya sebuah cerita kampung yang berlatar masa tahun 80-an Raes seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Batu. Bakal menghadapi peperiksaan yang kedua terbesar di Malaysia. Satu peristiwa sedih telah merubah segalanya. "Mak, belajar itu apa?" Jelingan tajam diberikan pada Puan Zurina. Penghijrahan Raes ke Kuala Lumpur telah membuatkan Kak Nab membuat andaian yang bukan bukan tentang pemergian Raes itu. Orang kampung percaya dengan kata kata Kak Nab yang dengki dengan Raes. "Alah aku tahu kenapa Raes jahanam tu pindah Kuala Lumpur..." "Hah apa dia Nab?" "Sebab dia buat benda tak elok!" "Bawa mengucap Nab!" Namun setelah beberapa tahun, dia pulang semula ke kampung atas satu sebab. Atas satu janji. Atas satu kesalahan lalu. Atas keluhuran hatinya. Atas sebuah kisah yang lalu. Dibenci? Sudah bertahun tahun dia begitu. Dihina, dimaki, dicerca dan bermacam macam lagi. "Budak jahanam ini lagi... hilang selera aku!" Redha denga ketentuan Ilahi yang dia sekali lagi perlu menghadap satu lagi ujian dari Allah yang maha besar. Ditimpa malang seperti tiada henti. Namun, segalanya terhenti setelah satu lagi peristiwa yang perit bagi orang lain tapi indah buat dirinya. "Sampaikan salam buat semua."
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#5
classic
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • BERUBAH
  • Disebalik Titah Madrasah
  • Choice Of Regret[Complete]
  • Perempuan Bidadari Syurga
  • Kita Bukan Musuh
  • Ah Long
  • 【C】SABAR SEORANG LELAKI
BERUBAH

Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan