Mengisahkan tentang Zunika yang dikejutkan dengan berita kematian sepupunya Athira sebaik sahaja tiba di Villa Menanti. Panggilan telefon daripada Athira beberapa jam sebelum Zunika tiba di Villa dan pesanan misteri yang diterimanya menimbulkan tanda tanya. Beberapa perkara aneh sering berlaku sepanjang zunika tinggal di Villa tersebut. Rasa ingin tahu dan demi merungkai misteri yang di alaminya, dia mula menyiasat sendiri. Tanpa terduga, dia menemukann sesuatu yang sangat mengejutkanya. Ikuti kisah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang terjadi kepada Athira dan berjayakah Zunika membongkar misteri yang menyelubunginya?.