Mastura
  • Reads 16,038
  • Votes 1,031
  • Parts 59
  • Reads 16,038
  • Votes 1,031
  • Parts 59
Ongoing, First published Feb 16, 2021
Mature
Kelahirannya dianggap sial dan pembawa malang. Namun kasih sayang Opah yang tidak bertepi menepis segala prasangka.

"Sepatutnya mak biarkan sahaja budak tu mati. Kecil-kecil dah bawa sial dalam keluarga kita." -Mak Long Latifah.

" Kau jaga mulut kau Long. Jangan lantang sangat berkata-kata. Mana tahu suatu hari nanti budak ni asbab untuk  kau masuk syurga nanti."-Opah Safiah.

Kecantikan yang diwarisi dari arwah ibu menimbulkan rasa tidak senang hati orang sekeliling. Menjadi pujaan dan pujian kerana pekerti yang dimiliki. Namun, hati selalu merintih sedih.

" Datang lambat. Denda dia kutip sampah sekeliling sekolah " - Imran Aqil si ketua pengawas sekolah yang garang.

" Maaf. Saya terlepas bas sekolah." - Nur Mastura Adami.

" Aku suka kau Mas'- Umar Hafizi

Bagaimana mahu Mastura menempuh segala dugaan di dalam hidupnya. Kiri kanannya dicemuh. Walaupun Opah memberi sepenuh kasih sayang. Hatinya meruntun pilu. Masih adakah mentari untuknya walaupun seketika cuma untuk bernafas?

Start : 16 Februari 2021/Selasa
End : Lambat lagi..😚😁
All Rights Reserved
Sign up to add Mastura to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Darlingku Minah Angau by RabihahNurRidhuan
27 parts Complete
Kehadiran Anggun Danisha di rumah atuknya telah menyebabkan hidup Profesor Dr Harith Mishka menjadi porak peranda. Dia bencikan gadis itu yang merupakan anak musuhnya. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan Anggun Danisha. Serupa minah angau yang terlalu mengejar cinta. Sehingga sanggup menyambung master di Universiti tempatnya bekerja demi untuk mengejar cinta seorang lelaki. Natijahnya dia terpaksa melantik gadis itu sebagai pembantu penyelidiknya dan terpaksa menjadi driver gadis itu saban hari! Siapa sangka hubungan yang pada mulanya dingin semakin rapat dari hari ke hari. Tanpa sedar bunga-bunga cinta semakin membenih dalam diri masing-masing. Namun ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, Harith Mishka harus terima hakikat yang dia telah melakukan satu kesilapan besar kerana telah jatuh cinta dengan anak musuhnya sendiri. Tapi kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang. Tercabar dengan penentangan Badri, papa Anggun Danisha, Harith Mishka nekad membawa Anggun Danisha kahwin lari di luar negara. Apatah lagi apabila Anggun Danisha sanggup membuang papanya demi untuknya membuatkan Harith Mishka berasa begitu bangga sekali. Akhirnya Badri kalah di tangannya jua. Namun baru sahaja mereka menyulam bahagia rumah tangga mereka mula diuji. Cinta mereka tergugar apabila Badri disahkan menghidap penyakit kronik. Keadaan semakin rumit apabila Harith Mishka meletakkan taklik cerai kepada Anggun Danisha. Dia terpaksa memilih antara suami dan papanya. Tergamaknya Harith Mishka memperlakukan dirinya sebegini. Anggun Danisha semakin keliru. Apatah lagi dengan sikap Harith Mishka yang sudah mula menunjukkan sikap bengisnya membuatkan cintanya semakin pudar. Wajarkah dia mempertahankan rumah tangganya lagi sedangkan papanya sedang nazak di hospital? Perlukah dia mempertahankan cintanya yang kian pudar?
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
76 parts Complete
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
You may also like
Slide 1 of 9
[OG] CERITA ORKED DAN FATIH cover
Antara Cinta dan Trauma 1 cover
𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 | 𝐂 cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
Darlingku Minah Angau cover
kerana janjinya cover
a new life,live,love! 'season 2' [Completed] cover
N & N cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover

[OG] CERITA ORKED DAN FATIH

46 parts Ongoing

Orked bukan gadis biasa-biasa. Tok Wan tinggalkan lebih 200 ekar tanah yang menghasilkan kelapa sawit. Belum masuk lagi rumah, hotel dan kedai sewa beratus pintu. Ditambah pula rangkaian mini mart yang ada di utara tanah air. Ayah menguruskan semua dan ayat ayah adalah: " Orked kena mula dari bawah. Ayah takkan bagi Orked jadi Bos kalau Orked tak pandai mengurus" Datang Fatih yang boleh membantu hatinya..eh harinya. Lawyer muda tu merendahkan level menjadi budak sekolah baru nak belajar memikat bila cik bunga yang dijadikan sasaran. Baru je nak bunga di hati nak berkembang setaman, tiba-tiba mak bunga berubah condong daunnya. " I think I was born to hate you"~ Orked " But I think I was made to love you" ~ Fatih Orked berubah tapi akarnya masih kekal di tempat sama. Kalau Fatih gali betul-betul mungkin Fatih berjaya nampak kenapa Orked berubah sikap. Tapi itulah......nak dibukakan kisah hikayat Orked dan Fatih bermula. Nak kata macam Kassim Selamat, tak ada la tragis sangat. Pura-pura tragis dan dramatik memang banyak la.