Mustafa adalah seorang lelaki yang telah kehilangan cinta sejatinya. Selepas permergian Saadiah dari hidupnya, jiwa Mustafa semakin kacau dan hiba. Karim, sahabat baik Mustafa mengerti perkara ini. Karim sedar nilai Saadiah dimata Mustafa bagaikan siang tiada mentari,bagai malam tiada cahaya purnama (ye, ini lirik lagu). Mampukah Mustafa mendapatkan kembali kepercayaan Saadiah untuk bersamanya semula dalam melalui liku-liku kehidupan dan menjalani hari tua bersama? Sejauh mana Karim dapat membantu Mustafa dalam perjuangan memperoleh semula cinta sejatinya dan apa halangan yang menanti mereka?