PELAJAR dekan dengan pelajar repeat? Nampak seperti tidak setaraf. Orang kata, jangan nak beranganlah. Namun, tatkala melihat Aina Adira buat pertama kali, Muhammad Adlan sudah jatuh hati. Baginya, dia akan berusaha untuk menjadi yang istimewa dalam hati juniornya itu. Bagi Aina Adira, tiada apa yang penting untuknya selain pelajaran dan kerjayanya di universiti. Tingkah laku lelaki dan sejarah keluarganya membuatkan dia membenci kaum lelaki. Termasuk Adlan. Namun, 'Saya suka awak Aina. Saya betul-betul sukakan awak' Tak semudah itu untuk mengambil hati Aina, meskipun sekadar berkawan. Walaubagaimana pun, tidak sedikit pun mematahkan semangat Adlan. Gadis itu berjaya mengubah dirinya. 'Aina, dengar kata-kata saya ni. Saya akan buktikan yang saya adalah lelaki yang awak suka. Saya akan berusaha dan terus berusaha untuk bina kerjaya saya. Saya akan cari duit untuk meminang awak. Awak dengar janji saya ni. Aina.' Pasal budak universiti.. tidaklah cintan cintun sangat.. tidak pakar hehe Hai readers.. Novel ni dah lama sebenarnya.. dah berhabuk dah duduk dalam laptop..hehe.. tak tahu ok ke tak..tapi yang pasti ia sekadar fiksyen yang bersarang dalam otak penulis.. selamat membacaaaAll Rights Reserved
1 part