HILANG (bacaan awal)

HILANG (bacaan awal)

  • WpView
    Reads 4,667
  • WpVote
    Votes 676
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Feb 1, 2025
Kau pernah dengar kes tentang orang-orang Kampung Jalan Mati yang hilang tanpa jejak? Pihak polis pun sudah buntu dalam menyelesaikan kes misteri itu. Khabar angin kata, pada setiap tahun pasti ada sekurang-kurangnya seorang yang hilang tanpa jejak. Orang-orang kampung pula tidak pernah berputus asa mencari mereka yang hilang. Hampir setiap petang, pencarian dilakukan. Tetapi, tidak ada apa yang ditemui. Solat hajat untuk memohon pertolongan Tuhan pula dibuat pada setiap minggu, malam Jumaat. Namun, itu hanya jalan terakhir mereka menyerah segalanya pada Illahi. Dikatakan, bermulanya kejadian 'Hilang' itu pada dua puluh tahun yang lalu. Seorang budak lelaki yang tidak suka keluar rumah, hanya berkurung di dalam bilik menghadap permainan video dan televisyen. Apabila ibunya memanggil untuk makan malam, dia tidak menjawab. Selalunya, dia akan segera keluar dan mengambil makanan sebelum dibawa masuk ke dalam bilik. Namun, kali ini dia tidak menjawab. Tatkala ibunya membuka pintu, dia sudah hilang. Hanya televisyen sahaja yang dibiarkan terpasang. Ada orang kampung yang cuba berpindah kerana takut ahli keluarga mereka menjadi mangsa Kejadian Hilang meskipun mereka semua maut dalam kemalangan jalan raya. Ada orang cakap, Kampung Jalan Mati sudah terkena sumpahan kerana sesiapa sahaja (orang kampung yang menetap) yang keluar dari kampung, akan mati. Tetapi, sebaliknya pula jika orang luar yang masuk ke kampung hanya sekadar ingin melawat. Berpusu-pusu kumpulan 'jejak paranormal' cuba merungkai misteri Kampung Jalan Mati tetapi apa yang mereka dapat hanya rakaman video yang tidak layak dimuat naik ke dalam media sosial. Tidak ada jawapan kepada misteri kehilangan penduduk kampung sejak dua puluh tahun yang lalu. Ke mana mereka menghilang? Adakah mereka masih hidup? Apakah yang menyebabkan penduduk Kampung Jalan Mati terkena 'sumpahan' yang diomong-omong oleh mulut mereka sendiri? Namun, ada sahaja yang tidak percaya dengan cerita ini.
All Rights Reserved
#182
supernatural
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Broken Bodies (21+)
  • KISAH SERAM DARI BLOG [complete]
  • MATI
  • Dari Tanah Ke Tanah
  • ✔Pulau
  • TETAMU [C]
  • Hutan  ✔
  • Kampung Mati
  • Misteri Kampung Terpencil
  • Bayangmu Di Mata Lelaki Itu

COMPLETED ✅✅ Selepas bercerai, Yara Isabella berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat memulakan hidup baru-lebih tenang, lebih baik, dan lebih dekat dengan agama. Dalam pencariannya, dia bertemu seseorang yang kelihatan berbeza dari lelaki-lelaki lain. Seorang yang sabar, yang sedia membimbing, yang membuatnya percaya bahawa perubahan itu mungkin. Tapi kepercayaan itu tidak bertahan lama. Sentuhan pertama mengubah segalanya. Janji-janji yang dulu diucapkan hilang dalam nafsu yang semakin rakus. Niat untuk berkahwin lenyap begitu saja, dan Yara mula sedar, dia hanyalah alat pemuas yang diberi nama lain. Namun, Yara tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa lagi. Jika ini permainan yang ditetapkan untuknya, dia akan bermain dengan cara sendiri. Kerana di luar sana, masih ada yang sanggup membayar harga untuk menyentuhnya. Tapi sampai bila? Dan di saat dia ingin keluar dari kegelapan ini, masihkah ada cahaya untuknya? >>>Nota Penulis👇🏻 Kisah ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar seseorang yang pernah berkongsi ceritanya dengan author. Author hanya menyusun semula dalam bentuk penceritaan, dengan sedikit olahan untuk memberi lebih impak kepada pembaca. Nama, lokasi, dan beberapa peristiwa telah diubah bagi menjaga privasi individu yang terlibat. Namun, emosi dan hakikat di sebalik kisah ini tetap kekal. Amaran diberikan sebab cerita ni ada banyak unsur-unsur seks dan keganasan, diceritakan oleh pemilik sebenar dan author tulis sebiji seperti yang diceritakan.

More details
WpActionLinkContent Guidelines