XOXO
  • WpView
    Reads 212
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 15
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Oct 2, 2021
"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal alunannya" dia merenung tepat pada mataku. "I'm back, babygirl!" dia tersenyum senget. Cinta. Kata azimat yang sering menjadi kegilaan buat orang ramai. Namun, tidak kepada Kaira. Setelah peristiwa pahit yang berlaku kepadanya empat tahun lalu, 'Cinta' adalah benda yang paling dia bencikan dan mahu mengelakkan dirinya semahu yang boleh. Insiden itu telah meragut nyawa kedua orang tua. Kini, hidupnya bergantung kepada tiga orang abangnya. Merekalah sumber kekuatan Kaira. Perpindahan mereka empat beradik ke Korea, menjadi titik permulaan baru buat Kaira. Udara segar, persekitaran yang baru dan orang-orang baru membuatkan dia jadi baru. Ataupun lebih selesa dikatakan, Kaira menjadi dirinya yang sebenar. Bibit kebahagiannya mula tercipta satu persatu. Dan kebahagiaan itu bermula dengan muzik. Kirin Art High School adalah sekolah untuk mereka yang ingin menjadi 'superstar' dan sekolah itu juga menjadi tempat Kaira mengenal erti cinta dan kehidupan yang baru. -------------------------------------------------------------------------------------------- Hai, Clover-san di sini! Saya dengan rendah diri , mengalu-alukan kehadiran para pembaca untuk menyelam ke dalam coretan saya yang tidak seberapa ini. Sokongan kalian amat saya hargai ❤❤❤ Jangan lupa 'vote', 'comment' dan simpan coretan ini dalam 'reading list' kalian. Untuk sebarang pertanyaan, info baru kalian boleh follow IG saya: @clotheclover99 Selamat membaca~ 🙆🏻🙆🏻🙆🏻
All Rights Reserved
#12
ot12
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • ✔The New World (EXO Horror Story)
  • KPG ✔️
  • OUR OPPA> [ xiumin x Gfriend FF ]_complete
  • One shot stories collection✓
  • [C] Because Of You
  • MISCHIEVOUS LOVE [C]
  • [COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
  • Pikat Hati Dr Jerk ✓
  • (COMPLETE) Fly To Jeju
  • [COMPLETED] A REVENGE 복수 (2016)

"Keluar dari sini dan kunci dia dalam ni sekarang!" arah Suho. Mereka segera berebut-rebut keluar dari bilik kosong itu. Tangan Suho yang menggeletar itu menyebabkan dia sukar untuk memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu. Walau apapun, Chanyeol sempat menahan pintu dengan tangannya. Suho tetap menarik pintu menyebabkan tangan Chanyeol tersempit. Bunyi tulang yang patah mula kedengaran apabila Chen dan Sehun menolong Suho menutup pintu itu. "Hyung... kenapa kau buat aku macam ni?" suara sedih Chanyeol kedengaran. Mereka berhenti seketika lalu cuba mengintai dari celah pintu. "Hyung.... apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?" Chanyeol merenung Suho dengan air mata mengalir dari matanya. Suho menggeleng kepalanya. "Tak Channie. Kau tak salah apa-apa. Maafkan aku." Suho mula melonggorkan pegangan tangannya pada tombol. "Aku akan balas dendam! Aku akan bunuh setiap orang dari kau yang cuba merampas Baekhyun!"

More details
WpActionLinkContent Guidelines