Hubungan baik dua sahabat karib, Dato' Firdaus dan Dato' Khalid dari dulu membuat mereka bersepakat untuk tinggal bersebelahan sebagai jiran. Banglo kedua mereka sangat mewah dan gah sehinggakan mereka mencipta sebuah padang golf di laman belakang banglo, untuk mereka sering meluangkan waktu berdua disana.
Perkahwinan Dato' Firdaus dan isterinya Datin Sofia telah dikurniakan 2 orang cahayamata lelaki iaitu Faris Shakir dan Farhan Syahir. Manakala perkahwinan Dato' Khalid dan Datin Sara, mereka agak lewat dikurniakan cahaya mata. Setelah putera kedua dari pasangan Dato' Firdaus dan Datin Sofia, Farhan Syahir berusia 5 tahun, barulah mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang diberi nama Qistina Zalikha.
Sejak dari kelahiran Qistina, kedua sahabat ini bersepakat untuk menjodohkan kedua anak mereka setelah besar nanti.
Kedua anak lelaki Dato' Firdaus mempunyai karektor yang berbeza terhadap Qistina Zalikha. Yang seorang bersikap protector seperti seorang abang dan adik, manakala seorang lagi suka cari hal dengan Qistina.
Setelah anak keduanya besar, mereka dihantar belajar ke luar negara Eropah manakala Qistina lebih memilih untuk melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah, Dubai. Mereka terpisah lama. Setelah tamat ijazah, Shakir membantu Dato' Firdaus dalam perusahaannya. Manakala Syahir memilih untuk bergerak sendiri dalam dunia perniagaan.
Setelah hampir 5 tahun di bumi Dubai, Qistina pulang ke tanah air, Malaysia dan dia dijodohkan dengan salah seorang putera Dato' Firdaus. Qistina awalnya tidak bersetuju. Dia awalnya berhasrat tidak mahu berkahwin sebelum mendapat pekerjaan dan dia juga tidak suka jika kehidupannya diatur keluarga. Dia belum bersedia untuk berkahwin. Tapi, semuanya hanya perancangannya sahaja. Keputusan keluarga sudah dibuat. Dia terpaksa terima permintaan orang tuanya.
Bagaimanakah kehidupan Qistina selepas ini? Adakah dia menerima penjodohannya dengan anak rakan papanya?
Mari ikuti kisah mereka..
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]