Slow update✓ 🌹Jangan cuba membuat aku jatuh cinta... Sekiranya cintamu hanya sementara... Jujur aku mengakui... Cinta lama mampu berputik kembali... Jadi jangan dekati dia... Dia adalah sukma pernah membuatmu bahagia... Sekiranya dia lebih baik... Khabari aku... Tidak sanggup aku mencintai hati yang langsung tiada namaku... Sebelum terlambat...🌹 Kesan daripada kisah lalu, Lisahani tidak lagi suka memiliki kawan yang dipercayai. Lebih tepat lagi sahabat baik. Mukanya sengaja diketatkan supaya tiada siapa yang ingin mendekatinya. Namun kedatangan Syukri telah menarik Lisahani menjadi dirinya sendiri sedikit demi sedikit. "Lain kali jangan tinggalkan botol air ni merata tempat. Muda lagi kan? Takkan dah nyanyuk kot." Lisahani terkebil-kebil apabila dimarahi Syukri tanpa asal usul yang kukuh. Lisahani paling pantang apabila ada orang yang meninggikan suara kepadanya. "Perlu ke tengking aku? Tempat ni kau punya ke? Ya aku tahu, kita kena jaga kebersihan. Aku terlupa. Tak sengaja." Lisahani menarik nafas dan menghembus perlahan. Namun cinta tidak mengenal siapa. Sehinggalah... "Aku suka kau." Hampir terjatuh botol air yang dipegang Lisahani setelah mendengar luahan Syukri. "Tak kelakar." Lisahani cuba untuk melangkah pergi. "Aku serius. Actually aku dah lama suka kat kau. I don't know why, but I really really like you." Luah Syukri. Akhirnya terluah juga perasaannya terhadap Lisahani. Banyak halangan untuk menyatukan mereka. Namun cinta itu buta dan perancangan Allah melebihi segalanya. Siapa mampu menghalang? Kehidupan selepas kahwin lagi memeningkan. Apalagi dengan tindakan orang luar. Apakah takdir mereka?