Siapa tidak kenal Melina Safiya si gold digger jelitawan yang angkuh dan sombong itu. Malah namanya amat popular dalam kalangan ahli-ahli perniagaan. Meskipun digelar Gold Digger Mel mempunyai prinsip yang tersendiri. 1.No touch just see 2.No money no love 3.Single only Mel memiliki seorang teman baik bernama Mia yang dikenali sejak zaman universiti. Hubungan mereka sangat baik bagai isi dan kuku namun perhubungan itu di uji apabila Mel mensabotaj pernikahan Mia lalu merampas tunang Mia tanpa rasa bersalah. 'Stop! Perkawinan ni tak boleh diteruskan!' Mel yang baru sampai itu tiba2 memberhentikan majlis tersebut. Belum sempat tok kadi menghabiskan ayatnya tetiba datang seorang wanita memberhentikan majlis itu. Apa ni Mel?!' Danny bangkit kerana geram dengan tindakan bff Mia itu. 'Majlis ni tak boleh diteruskan sebab Danny dah pernah tidur dengan I Mia! Danny dengan I kami dah lama ada hubungan sulit belakang U.' Mel berkata tenang seperti perkara tersebut bukan satu yang besar. 'Hey pompuan! Apa yang kau merepek ni! Sejak bila aku sentuh kau?! Mia please! she lying to you!' Danny bangkit untuk menampar Mel namun ditahan oleh papanya Tan Sri Firhad. 'Before that I ada bukti yang Danny memang pernah sentuh I. So this is surat doktor and U boleh tengok statement surat ni sendiri Mia!' Mel menunjukkan surat yang berada ditangannya pada Mia. 'Sampai hati Abang Danny!' Apakah tujuan Mel merosakkan majlis bffnya sendiri? Adakah kerana duit? Atau ada sesuatu yang disembunyikan Mel? Nantikan kisah Mel si antagonis antara Mia dan Danny. Setiap antagonis juga mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Nukilan si penulis jalanan
More details