'Kerana Aku Manusia Unik' menjadi pentas kisah kehidupan seorang pesakit Dissociative Identity Disorder (DID) yang bernama Intan Nur Diana Talib sejak usianya 14 tahun. Ibunya tidak tahu punca sebenar anaknya sedemikian kerana dia sibuk dengan kerjanya, siang dan malam. Intan memiliki lapan alter yang pelbagai ragam. Kehidupannya tidak lagi normal seperti sebelum ini. Semuanya bagaikan bencana kepada dirinya. Terutama alter yang sangat tidak disenangi, Falco. Intan kehilangan ibunya kerana bapanya telah membunuh ibunya di hadapan matanya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya lihat bapanya pergi. Kemudian, dirinya dijadikan anak angkat oleh majikannya yang kasihan terhadap nasibnya. Kemunculan Syed Norisham Syed Qahsim telah menjadi bayang-bayang yang sering mengekorinya. Tidak tahu apa yang jejaka itu mahukan daripadanya. Mampukah Intan berhadapan dengan masa depannya? Siapakah antara tiga jejaka yang mampu memiliki hati Intan yang sebenar?