Melalui sebuah kehidupan yang cukup perit baginya tatkala kehilangan ibu saat masih kecil. Cukup mengajarkan Eisya Umairah apa itu erti kehilangan. Yang dahulu, bahagia itu sebolehnya hanya miliknya sahaja. Namun semuanya musnah, bila mana hanya satu kejadian yang meragut nyawa seorang ratu, mengubahkan seluruh hidup Eisya dan adiknya Eisyam Umair gelap. "Kau tu penyebab mak kau mati. Eh, kenapa la bukan kau je yang mati masa tu? Senang hidup aku tak perlu nak jaga anak macam kau!" - ayah. "Ayah jahat, kenapa ayah selalu pukul akak? Kenapa kita ada ayah macam tu? Kenapa ayah kita bukan macam ayah orang lain?" - Eisyam Umair. "Baik buruk ayah, dia tetap ayah kandung kita dik," - Eisya Umairah. Hadir seorang lelaki didalam hidup Eisya seakan menyinari kembali hidupnya. Haikal Iskandar, seorang lelaki yang sanggup menolong Eisya dan adiknya keluar dari belenggu kegelapan. Memberi bahagia yang selama ini didambakan oleh mereka. Namun, percaturan Allah siapalah yang tahu. Permata yang disangkakan mampu memberi kebahagian, rupanya kaca yang menoreh kembali luka lama. "Kau kahwin dengan anak aku, sebab kau nak kaut harta dia je kan. Maklum la, kau ni datang dari keluarga yang miskin. Dasar perempuan takde maruah!" - Datin Sofea. "You tu miskin, kolot. Entah macam mana la Haikal boleh kahwin dengan you. Kalau you nak tahu, Haikal tu bukan nak sangat kat you. Dia kahwin pun sebab dia nak maruah you. Lepastu dia tinggal la you macam sampah. Wait and see Eisya," - Camelia. Allah, betapa beratnya dugaan yang Kau kirimkan untuk aku. Yang ku sangkakan ini adalah penamat bagi luka aku, tapi bukan. Apa lagi yang boleh Eisya lakukan selain redha dengan apa yang berlaku. Namun, tidak semudah itu apabila dia diuji lagi dengan dugaan yang berat seakan tidak pernah berhenti hadir dalam hidupnya. Kau kuatkan la semangat aku ya Allah, rintih Eisya Umairah...All Rights Reserved
1 part