
Mengisahkan hubungan percintaan antara ARMEL DAVINA dan ADAM KHAI yang tidak direstui. Hanya kerana sikap dania yang gedik membuatkan Puan Azah, ibu kepada Adam menghalang hubungan mereka dari menjejak ke jinjang perkahwinan. Baginya, dengan sikap dan perilaku Armel yang dianggap biadap dan queen control itu takkan menjamin kebahagiaan satu satu anak lelakinya itu kelak. Semua caci maki yang dilemparkan kepada Armel dibelakang Adam semakin lama semakin membuatkan Armel putus asa. Tak tahan lagi dengan ugutan Puan Azah, akhirnya Armel membawa diri ke luar negara tanpa pengetahuan sesiapa. Adam kecewa. Fikirnya Armel langsung tak mempertahankan hubungan mereka malah pergi tanpa apa apa berita. 8 tahun berlalu. Masing masing telah move on dengan kehidupan mereka tapi bukan soal hati. Apabila Armel pulang semula ke tanah air, hatinya kembali berdarah bila dirinya dikhabarkan yang Adam Khai telah pun membina rumah tangga malah mempunyai seorang anak. Meski dia yakin yang dalam 8 tahun itu Adam sudah tentu menggantikan tempatnya dengan perempuan lain, hati dia tetap sakit menerima perkhabaran itu. Disudut hatinya, dia masih mengharapkan Adam sehingga dia tekad untuk 'menggunakan' anak istimewa hasil perkahwinan Adam dan Arisha sebagai kunci untuk dia dapatkan lelaki itu semula. Dia inginkan Adam. Cuma Adam. Tetapi bagaimana pula dengan Adam? Masih tersisakah perasaan cinta terhadap Armel atau perasaan itu telah dibawa pergi sejak 8 tahun lalu? Kesudahannya, berjayakah Armel untuk dapatkan Adam semula meski dengan cara kotor? sampai bilakah dia sanggup mengorbankan kebahagiaan orang lain demi kepentingan sendiri?All Rights Reserved
1 part