Story cover for HINGGA CINTA MENEMUKANMU by sarahezra22
HINGGA CINTA MENEMUKANMU
  • WpView
    Reads 436
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 16
  • WpView
    Reads 436
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 16
Ongoing, First published Apr 28, 2021
HINGGA CINTA MENEMUKANMU.

BLURP

Pertemuan kembali Qhazal dan Widya Hanna menyingkap  semula kisah silam yang sama sekali tidak ingin Qhazal ingati. Luka, kecewa, sakit dan perih, itulah yang dia rasakan  saat bertentang mata dengan Widya.

 Dia, menghindar, mengirim pesan dingin kerana  tidak mudah untuknya memaafkan setelah  dia tersakiti oleh sebuah pengkhianatan.

"Saya  dah pergi seperti mana engku minta. Kalau engku  kata hari ini saya yang meminta pertemuan ini, demi tuhan, saya tak pernah meminta kerana engku masih berdendam!"~WIDYA.

"Kau minta aku tak berdendam? Kau nak aku berlapang dada setelah melepaskan satu-satunya pesalah yang membuatkan hidup aku gelap serta-merta?"~QHAZAL.

Saat mereka saling menghindar, tetap jua takdir mendekatkan. Mereka bersatu namun pada Qhazal, rasanya cintanya sudah mati, yang bersisa hanya dendam. Widya pasrah, rela terhukum oleh kesalahan yang diletakkan di pundaknya.

"Aku bertahan setia, Sehingga Cinta menemukanmu."~WIDYA.

Namun sampai bila dia harus tersakiti?
Harus apa dia?  Mengundur diri atau terus berjuang demi cintanya? 

...dan  saat takdir mengungkap kebenaran, tegakah Qhazal terus menghukum sedang 
hatinya masih giat mencantum rasa yang pernah berserakan?

"Aku bertahan derita, sehingga Cinta menemukanmu."_~QHAZAL
All Rights Reserved
Sign up to add HINGGA CINTA MENEMUKANMU to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
37 parts Complete
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
10 parts Complete Mature
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
HUG : THE TRUTH UNTOLD by miszhann
20 parts Complete
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi dirinya, biarlah cinta hadir ketika dia dan 'dunia kejar-mengejarnya' tamat tanpa ada episod seterusnya. "Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" - Fadh Qayeed "Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza." - Naaila Natasha Fikir Naaila, Fadh akan menjauh apabila sedar hanya bahaya yang menimpa ketika mereka bersama. Ternyata, sangkaannya meleset. Semakin si gadis itu dikejar oleh musuh, semakin si jejaka mengajar tanpa peduli apa kesannya. Tanpa sedar, kebersamaan mereka membongkarkan satu kisah yang membuatkan jiwa Fadh dirobek kejam. Masa lalu yang saling terikat membuatkan Fadh naik gila. Masa kini yang terhidang, membuatkan Naaila hilang arah. Jalan apa yang harus diputuskan? "Kau rasa, aku boleh hidup macam manusia normal selepas apa yang aku dah tahu? Aku tak sekejam mereka. Aku bukan mereka!" - Naaila Natasha Adakah janji pelukan hangat yang pernah terucap akan terhapus bersama dendam yang ada? Atau mungkin, wujudnya derita sekarang kerana masa lalu yang tidak pernah diketahui? Hakikatnya, masih ada tersembunyi yang tidak pernah dipeduli. Entah siap atau belum, kehilangan akan menjadi sebuah kenyataan kerana ada keberanan yang tidak akan terungkap. "Aku rasa takdir sedang mempermainkan kita." *** Boleh dapatkan novel Hug : The Truth Untold di shopee fajarpakeer!
Tiket Ke Syurga 3: Cinta & Dendam by ShafiqZangetsu
20 parts Complete
Belum sempat Haizal keluar dari tandas tersebut, tiba-tiba hidungnya dapat menangkap satu bau yang tersangatlah busuk dan aneh. Bau yang terus mematikan bau-bau hancing yang dia bau sedari awal tadi. Hampir termuntah Haizal dibuatnya. "Bau apakah?" Bisik hati kecil Haizal. Setelah Haizal membuka pintu tandasnya untuk keluar, tiba-tiba... "A...bang...sayalah...orang sebelah...sebelah ada...sebelah...hilang...ha...ha..." Hampir pitam Haizal dibuatnya apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Astaghfirullah...apakah benda depan aku ni? *** Haizal menjelaskan secara terperinci hubungan mereka yang tidak diredhai Allah. Meskipun begitu, ianya sangat sukar untuk diterima masuk ke dalam kepala Saffiyah. "Baiklah Shafee Haizal. Kau ingat satu je, sampai mati hidup kau takkan tenang!" Ugut Saffiyah kemudiannya mencampakkan telefonnya ke dinding bilik asramanya. Kerana cinta zina, hidup seseorang manusia itu bakal hancur. Hancur dibunuh benih dengki, mati dipijak kaki dendam. "Tak kiralah sejauh mana terpisah. Tak kiralah selama mana tidak berjumpa. Andai ianya jodoh yang ditetapkan, hanya mati dapat memisahkan." - Shafee Haizal. *** Bagaimanakah Shafee Haizal mampu mengatasi rasa cintanya terhadap seorang wanita yang belum halal buatnya? Bagaimana pula dengan makhluk ghaib yang dihantar oleh seseorang untuk menghuru-harakan hidupnya. Sungguh, hidup ini tiada jalan mudah. Bebas kau daripada satu ujian, maka tersedia lagi ujian. Kau takkan pernah bebas. Kau tahu kenapa? Kerna Syaitan takkan pernah berputus asa mengajak kita ke Neraka. Disimpan dendamnya. Yang boleh melunaskan dendamnya terhadap Haizal, cuma satu. Kematian Haizal!
Demi Bahagia Mu by roseanglee
73 parts Ongoing Mature
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau ingat kau dah sah jadi isteri aku,kau boleh suka-suka sentuh harta benda aku ke!!!" _Alya Qaisara "Maaf awak saya tak sengaja terlelap atas katil awak" _Zyan Rafael "Kau dengar sini perempuan.Kau tu hanya isteri atas kertas aku jee!jadi kau tak payah berangan nak belot harta aku.Satu sen pun aku takkan bagi!dan lagi satu,stop panggil aku awak!Kau tu tetap orang luar bagi aku.Panggil aku TUAN! FAHAM!!!" _Alya Qaisara "Faham Tuan" _Zyan Rafael "Huh!Dasar Miskin! Hodoh! Bodoh! Lembab pula tu! aku jijiklah tengok muka kau lama-lama! aku muak tahu tak! dah berambus sana!!!" _Alya Qaisara "Baik Tuan" "Ya Allah,jika ini takdir yang engkau tetapkan untuk ku,aku rela menerimanya._Alya Qaisara Sampai bilakah Alya Qaisara akan bertahan hidup dengan orang yang membencinya malah menghina serta mencacinya setiap hari.Suami sendiri menanam perasaan benci terhadapnya.Hidup sebatang kara bukanlah hal yang mudah untuk terus bertahan di dunia yang penuh dengan kejutan ini.Berharap sang suami akan melindunginya,tetapi semua itu hanya mimpi. Dan sampai bilakah Zyan Rafael membenci isterinya yang sangat sempurna itu.Adakah dia akan membuka ruang hatinya buat sang isteri,atau sebaliknya? Mahu tahu lebih lanjut sila tunggu hingga cerita ini melabuhkan tirainya. WARNING❗ _Plagiat di larang sama sekali _Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati _100%datang dari otak saya sendiri,jika ada persamaan dengan cerita lain itu hanyalah kebetulan _Typo maybe ada di setiap bab
HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED] by Blue_Moy
69 parts Complete Mature
Di saat dua lelaki menyayangi seorang gadis yang sama tapi dari perspektif yang berbeza, adakah percikan cinta akan membara? Khaisarah, seorang gadis cantik dan ceria yang hadir dalam hidup dua lelaki, Hud dan Khalif. Hud menyayangi Khaisarah sebagai seorang kekasih manakala Khalif pula menyayanginya sebagai seorang kakak kandung. Namun, kehidupan dua lelaki itu terus berubah 180 darjah saat Khaisarah tiba-tiba membuat keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri. Dan dari situ lah sebuah salah faham tercetus membuatkan Hud membenci Khalif dan mengangap lelaki itu adalah pembunuh kekasih yang amat dia cintai itu. Keadaan menjadi semakin hangat apabila mereka dipertemukan semula dalam keadaan dendam yang begitu membara dalam hati Hud manakala cinta yang tulus masih mekar dalam hati Khalif. Adakah dendam Hud akan terbalas? Atau dendam itu akan berubah kepada sesuatu yang tak pernah dia sangka? Dan adakah cinta Khalif buat Hud akan terbalas atau cuma menjadi sebuah cinta bertepuk sebelah tangan? Orang kata jangan benci sangat, takut lama-lama terjatuh cinta. "Kau tahu tak? Senyuman kau yang aku tengok dari tadi buatkan hati aku ni sakit sangat! Macam mana pembunuh macam kau ni boleh hidup tenang tanpa rasa bersalah sampai sekarang ha?!" - Hud Zikri "Satu aje lah yang saya nak pesan. Awak cuba kenal saya dulu, baru awak boleh buktikan sama ada saya ni betul-betul pembunuh arwah girlfriend awak, atau bukan," - Khalif Iman. Selami kisah cinta penuh duka-lara antara Hud dan Khalif yang tercetus dari perasaan kasih untuk seorang gadis yang sama iaitu Khaisarah dalam, Hud Khalif coretan Blue_Moy. "Kau untukku, dan aku untukmu,"
You may also like
Slide 1 of 9
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 cover
Sempurna Adanya Kamu cover
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] cover
HUG : THE TRUTH UNTOLD cover
Will You Be My Haura? cover
Tiket Ke Syurga 3: Cinta & Dendam cover
Demi Bahagia Mu cover
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT) cover
HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED] cover

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚

37 parts Complete

"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.