OG | ACCIDENTALLY YOURS : NOAHDYA

OG | ACCIDENTALLY YOURS : NOAHDYA

  • WpView
    Reads 19,751
  • WpVote
    Votes 311
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Aug 16, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Romantic Comedy
First Love
Happy Ending
⸻ [on-going] Aadya Edrey tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah sekelip mata. Pada usia 21 tahun, dia dipaksa menerima satu perkahwinan yang langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya... dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. "Noah ? Budak sekolah yang aku kutuk siang tadi tu ?" Namun, menolak bukan pilihan. Lantas, Aadya melangkah ke alam rumah tangga dengan seribu satu persoalan yang berlegar dalam fikirannya. Bagaimana seorang remaja 17 tahun mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami ? Bagaimana dia sendiri harus berhadapan dengan lelaki yang selama ini hanya menimbulkan rasa menyampah dalam dirinya ? Tetapi apa yang lebih mengejutkan bukanlah perkahwinan ini sendiri, sebaliknya sikap sebenar Noah yang semakin terserlah selepas mereka sah menjadi suami isteri. Seorang yang Aadya fikir beku dan tidak berperasaan, rupanya penuh emosi. Lelaki itu bukan sahaja cengeng, tetapi juga kuat merajuk dan terlebih manja. Dalam satu saat, dia boleh berubah menjadi seorang yang mencemburui setiap lelaki yang mendekati Aadya, dan dalam saat yang lain, dia menjadi pasangan yang paling manis dan romantis. Namun, di sebalik semua itu, tersembunyi satu rahsia besar... sesuatu yang Noah sendiri enggan menceritakan kepada Aadya. Hanya selepas satu per satu kejadian pelik berlaku, termasuk gangguan daripada adik iparnya sendiri, Aadya mula menyedari bahawa perkahwinan ini lebih daripada sekadar aturan keluarga. Dan apabila kebenaran akhirnya terbongkar, ia bukan dari mulut suaminya... tetapi dari seseorang yang tidak pernah dia sangka. Apa yang sebenarnya Noah sembunyikan ? Dan mampukah Aadya menerima hakikat di sebalik perkahwinan yang tidak pernah diimpikannya ? ⸻ START: 2ND MARCH 2021 END: ?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Racing King
  • HELLO QASWAR

𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen tak nak susahkan abang." -Aireen Zhafira "Sayang tak pernah susahkan abang. Please sayang, stay with me and i will prove to you that im not wrong." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me, Sayang." -Zill Rayzael --- START: 30 JULY 2025 END: 18 OCTOBER 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️

More details
WpActionLinkContent Guidelines