Story cover for [ OG ] HANNAH by ailencio
[ OG ] HANNAH
  • WpView
    Reads 575
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 4
  • WpView
    Reads 575
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 4
Ongoing, First published May 04, 2021
{ mystëry/thrillër }

Mengisahkan tentang seorang remaja  berusia 19 tahun bernama Sarah yang baru berpindah di sebuah pulau.Dia terus menerima ancaman dan perlu memecahkan sebuah misteri tentang seorang perempuan bernama Hannah yang telah hilang hampir dua tahun. Sarah harus mengetahui siapa dalang disebalik semua misteri ini dan mengapa dia dipilih untuk merungkai masalah ini. Apakah rahsia disebalik semua yang telah berlaku di pulau itu?

[2021]
All Rights Reserved
Sign up to add [ OG ] HANNAH to your library and receive updates
or
#6hannah
Content Guidelines
You may also like
Broken Bodies (21+) by nova_amarylis
29 parts Complete Mature
COMPLETED ✅✅ Selepas bercerai, Yara Isabella berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat memulakan hidup baru-lebih tenang, lebih baik, dan lebih dekat dengan agama. Dalam pencariannya, dia bertemu seseorang yang kelihatan berbeza dari lelaki-lelaki lain. Seorang yang sabar, yang sedia membimbing, yang membuatnya percaya bahawa perubahan itu mungkin. Tapi kepercayaan itu tidak bertahan lama. Sentuhan pertama mengubah segalanya. Janji-janji yang dulu diucapkan hilang dalam nafsu yang semakin rakus. Niat untuk berkahwin lenyap begitu saja, dan Yara mula sedar, dia hanyalah alat pemuas yang diberi nama lain. Namun, Yara tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa lagi. Jika ini permainan yang ditetapkan untuknya, dia akan bermain dengan cara sendiri. Kerana di luar sana, masih ada yang sanggup membayar harga untuk menyentuhnya. Tapi sampai bila? Dan di saat dia ingin keluar dari kegelapan ini, masihkah ada cahaya untuknya? >>>Nota Penulis👇🏻 Kisah ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar seseorang yang pernah berkongsi ceritanya dengan author. Author hanya menyusun semula dalam bentuk penceritaan, dengan sedikit olahan untuk memberi lebih impak kepada pembaca. Nama, lokasi, dan beberapa peristiwa telah diubah bagi menjaga privasi individu yang terlibat. Namun, emosi dan hakikat di sebalik kisah ini tetap kekal. Amaran diberikan sebab cerita ni ada banyak unsur-unsur seks dan keganasan, diceritakan oleh pemilik sebenar dan author tulis sebiji seperti yang diceritakan.
Setialah Untukku [COMPLETE] by _SoulLetter
47 parts Complete
Hanya kerana dia berbeza, Zahra Humaira yang selalu berperwatakan ceria itu nekad untuk memiliki si dia dengan apa jua cara yang ada biarpun hati terluka jiwanya merana. Tengku Irfan Rayyan, jejaka yang pernah berperwatakan semanis gula namun semakin lama semakin mengundang misteri setelah berdepan dengan pelbagai kejadian ngeri ketika usianya masih muda. Kebahagiaan hidupnya diragut tanpa empati sehingga menyebabkan dia hilang personaliti dirinya sendiri, dan di sebalik wajahnya yang dingin itu tersembunyinya luka serta dendam yang sukar di ubati. Kini dia bangkit dari derita dan rela bersiramkan darah dari biarkan musuhnya bermaharajalela. Zahra juga jatuh ke lembah derita setelah kehilangan orang yang tersayang. Namun takdir pula berkata lain, kehilangan itu digantikan dengan kehadiran si jejaka yang dia dambakan selama ini. Atas nama takdir yang indah itu juga, mereka saling jatuh cinta dan hidup bahagia sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun misteri yang dibawa tidak terlalu dibutakan oleh cinta malah menimbulkan tanda tanya mengapa si dia tiba-tiba saja datang untuk mengisi kekosongan di hati. Mahligai yang baru dibina itu diuji dengan terungkapnya sebuah rahsia dan dalang di sebalik kejadian yang menimpa hidup mereka. Siapa sangka, mereka berdua saling terikat dengan insiden yang sama. Mampukah bahtera yang baru belayar itu bertahan di tengah lautan yang bergelora? Siapakah di antara mereka yang perlu merayu kasih, setia dan percaya? Rasanya terlalu sakit untuk melepaskan namun lebih perit untuk bertahan kerana semua orang mampu untuk memberikan cinta tapi tak semua orang mampu untuk memberikan kesetiaan. Start-11July2021 End-23Ogos2022 Genre : [ Romantic + Thriller ]
You may also like
Slide 1 of 10
Ten To Five!? cover
A'ma (Buta) cover
Broken Bodies (21+) cover
Thanks, Mr. Boo [COMPLETED] cover
PENJAGA 2 ✔ cover
L A W A T A N cover
APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED] cover
Setialah Untukku [COMPLETE] cover
Cik Serai Halia | Wattys2017 cover
Menjerit cover

Ten To Five!?

13 parts Complete Mature

Di Jenius Akademik, sebuah sekolah elit yang penuh disiplin dan prestij, tersimpan satu rahsia gelap - kisah seorang pelajar bernama Hanvey, 16 tahun, yang pernah menjadi mangsa buli kejam ketika di Tingkatan 1. Tiga tahun berlalu, tiada siapa menyangka bahawa wajah tenangnya menyembunyikan dendam yang membara. Dengan senarai sepuluh nama - tujuh lelaki, tiga perempuan - Hanvey memulakan rancangannya. Satu demi satu, pembulinya akan tumbang melalui jalan paling tragis: hilang kawalan, terseksa, dibunuh. Tidak ada belas kasihan. Tidak ada amaran. Cuma mesej-mesej misteri, kejadian-kejadian aneh, dan bayang-bayang masa silam yang perlahan-lahan menghantui mereka. Namun dalam usahanya membalas dendam, Hanvey sendiri makin terperangkap dalam kegelapan jiwanya. Bila sempadan antara keadilan dan kegilaan mula kabur, apakah yang akan tinggal daripada seorang remaja yang dahulunya hanya mahu dihormati?