4. Marry You | Terbit
  • OKUNANLAR 1,840
  • Oylar 133
  • Bölümler 5
  • OKUNANLAR 1,840
  • Oylar 133
  • Bölümler 5
Tamamlanmış Hikaye, İlk yayınlanma May 08, 2021
NOVEL KEEMPAT
JULAI 2022

Menyimpan perasaan suka dan cinta terhadap seseorang telah menyebabkan nasib seorang gadis bernama Imna Safira seringkali ditimpa malang. Bermula dengan tiga kali pertemuan sahaja, perasaan kecewa mula meresap ke seluruh jiwa dan raga. Dia langsung tidak tahu tentang lelaki yang sering dipuja telah pun menjadi tunangan orang.

"Kau dah gila ke apa? Sejak bila aku jadi tunang kau, ha? Kau lupa ingatan ke tunang kau ada dekat rumah dan tunang kau tu Aisha Hana! Bukan Aku!" - Imna Safira.

"Cuba kau dengar dulu apa aku nak cakap. Aku cuma nak selamatkan kau dari orang yang kau tak kenal siapa. Salah ke?" - Khairul Adam.

"Selamatkan aku untuk apa? Sedangkan perbuatan kau tadi tu tak menandakan yang kau nak selamatkan aku. Tapi kau nak pijak maruah aku!" - Imna Safira.

Dari sebuah perasaan suka telah bertukar menjadi benci. Imna sanggup melakukan bermacam cara untuk melupakan Khairul Adam, tetapi lelaki itu sentiasa ada di mana-mana saja dia berada seolah-olah mahu menjadi pengawal peribadinya. Sehinggakan ketika dia bergelut untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan sepupu sendiri, Adam tetap ada untuk memberi bantuan sehingga mereka terpaksa dikahwinkan atas dasar untuk menyelamatkan maruah keluarga.

Walaupun begitu Adam tetap bersetuju untuk mengahwini dia dalam keadaan status diri masih lagi sebagai tunang kepada Aisha Hana. Bagaimana mereka mahu hadapi cabaran hidup berumah tangga dengan tenang jika Adam masih terikat dengan tunangnya?

Mampukah Imna mencari kebahagiaan dalam perkahwinan dia bersama Adam?Adakah Imna akan bertahan dalam hubungan yang dibina atau pun menarik diri meninggalkan cinta yang tulus buat suaminya?

+ DILARANG MELAKUKAN AKTIVITI PLAGIAT DAN CETAK ROMPAK.

START : 10 | 5 | 2021
END : 10 | 10 | 2022
Tüm hakları saklıdır
Eklemek için kaydolun 4. Marry You | Terbit kütüphanenize ekleyin ve güncellemeleri alın
veya
#267jeonjungkook
İçerik Rehberi
Ayrıca sevebilecekleriniz
cik_Huyya tarafından yazılmış Cinta 2 Hati adlı hikaye
60 Bölüm Tamamlanmış Hikaye
Syed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyendiri. Bukan tiada yang mahu tapi dia yang terlampau memilih. Baginya memilih isteri haruslah yang serasi dengannya. Boleh terima keadaan dirinya yang 'workahorlic'. Apabila dia sudah bertemu insan sebegitu dia berjanji dia sendiri yang akan masuk meminang nanti. Tengku Alya Zuyyin; anak Tengku Ilham yang suka berdikari dan humble. Pemilik butik 'Qu Yins' yang terkenal seluruh negeri. Masih sendiri tapi berimpian untuk menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat. Kali pertama melihat Alya, Hafiy sudah berdoa semoga ada pertemuan lagi. Doanya termakbul apabila kali ke 2 dia bertemu lagi Alya di sebuah butik terkemuka tapi sayang seribu kali sayang dia tidak sempat untuk berkenalan dengan Alya. Baginya jika mereka berjodoh pasti ada pertemuan lagi. Kali ke 3 bertemu Hafiy tidak lepaskan peluang untuk berkenalan. "hai sweety. Nama I Aisy Hafiy. Thank you tolong kembalikan kertas ini. Anyway ini kad I nanti tolong call I eh. I nak belanja you sebab sudi tolong I." Syed Aisy Hafiy "sweet talker tapi sokay lah, I tolong you ikhlas." Tengku Alya Zuyyin Penolakan hanya untuk kali pertama. Apabila Hafiy tidak putus-putus memikatnya akhirnya terbuka jua hatinya untuk Hafiy. Tetapi apabila hatinya sepenuhnya milik Hafiy muncul seorang perempuan yang menggelarnya sebagai seorang perampas. "Ehh perempuan! Kau ni harap je muka cantik, pandai, pakai tudung tapi perampas hak orang." Amylea Datuk Sidek Siapakah sebenarnya Amylea? Apa pula status Syed Aisy Hafiy sehingga Alya digelar seorang perampas? Nantikan huraiannya dalam cinta 2 hati guys. Start: 27 april 2018 End: 14 ogos 2020
Dasyaishere tarafından yazılmış Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] adlı hikaye
52 Bölüm Tamamlanmış Hikaye
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
elyanee_ tarafından yazılmış Takdir Kau & Aku ✓ adlı hikaye
62 Bölüm Tamamlanmış Hikaye
(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,kepercayaan tidak lagi berguna. Dia Tengku Zayid. Berubah 360° daripada dirinya yang dulu. Anak-anak yang diamanahkan kepadanya dipesongkan bahkan kekerasan kian terasa. Pekerjaan lebih penting baginya. Dia sayangkan anak-anak arwah adiknya,tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi,kerana hidupnya yang penuh dengan kesibukan,mampu melalaikan kebahagiaan. Sikapnya yang terlalu dingin menyebabkan kebencian semakin membuak-buak. Dia tidak menyukai alasan dan tidak menyukai bantahan. Apa sahaja yang keluar daripada lisannya mampu melukakan hati semua orang termasuk anak-anaknya. "Daddy kejam!" "Forgive me sweetie." "Habistu? Lepaskan lah saya! Awak boleh pecat saya dihari pertama!" "I need you Mairah." Kehadiran Humairah Zahra mampu membalikkan keadaan. Dunia kembali berubah seperti sedia kala. Senangnya memberikan kepercayaan kepada dia. Namun,tidak pada suatu masa. Kebencian meliputi seluruh kawasan yang bersih. Hingga pada satu saat,perpisahan menjadi jawapan. Sehinggalah takdir mempertemukan kembali. "Kunci kebahagiaan itu serasi dengan kefahaman. Hati akan faham dan membentuk suatu kepercayaan. Perasaan akan faham dan membentuk sebuah kebahagiaan. Kasih & sayang pula akan lahir demi mencukupi dua hati yang saling melengkapi." ©Elyanee JUMPA DIBAHAGIAN PERTAMA! (INTRODUCE) Thanks for you support!! Start|𝟐𝟔/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟐 Finish|𝟐𝟏/𝟎𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟐
Ayrıca sevebilecekleriniz
Slide 1 of 10
Percayalah (COMPLETED!) ❤️🌼 cover
Cinta 2 Hati cover
Hello Mr Freeze cover
What About Revenge [✔] cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Somnambulis (Tamat) cover
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] cover
Ada Cinta Untukku cover
Takdir Kau & Aku ✓ cover
Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED] cover

Percayalah (COMPLETED!) ❤️🌼

144 Bölüm Tamamlanmış Hikaye

Completed 👍 Zaiqal Azfar adalah seorang lelaki yang angkuh dan panas baran. Memilik wajah yang tampan, kerjaya yang stabil namun hati yang tidak lengkap. Dia tidak terfikir sama sekali untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana perempuan. Citra Azzarina, perempuan yang mudah bergaul dan mempunyai sikap yang sangat riang. Merupakan pelajar lepasan University Oxford, England yang balik semula ke Malaysia dan bekerja di syarikat milik Zaiqal Azfar atas tawaran bapa Zaiqal Azfar sendiri. Memiliki personaliti yang berbeza membuatkan mereka seringkali bertengkar. Namun, lama-kelamaan Zaiqal Azfar mula tertarik dengan Citra Azzarina. Di saat Zaiqal Azfar dan Citra Azzarina sedang mengecap bahagia, kekasih lama Zaiqal Azfar iaitu Farah Nabila muncul untuk menawan semula hati Zaiqal Azfar. 'Di saat saya mula cintakan awak, awak mula mengkhianati cinta saya' Citra Azzarina. 'Atas nama Allah, hanya awak dalam hati saya. Percayalah' Zaiqal Azfar.