[ ft. Jaehyun Jung, Jeno Lee. ] #ππ_πππππππ_πππππππ.
Tatkala kebahagiaan kami ditarik dan ditinggalkan tanpa ucapan selamat tinggal, untuk sejenak, jiwa kami runtuh.
Ayah.
Satu susuk tubuh yang masih kekal berada di sisi. Tak ubah seperti seorang tentera, yang selalu melindungi aku daripada segala malapetaka; menghalang tembakan peluru jahat daripada terkena pada aku serta melindungi aku dengan dakapan eratnya.
Tubuh tegap itulah yang menjadi tempat aku bersandar tatkala aku lemah. Tatkala aku lelah dan tatkala aku gembira. Satu-satunya tempat aku untuk pulang. My one and only home.
Ayah.
Insan yang paling berharga sekali. Ayah, teruskan menjadi kuat, okey? Aku sayang ayah.
...
Kasih sayang ibu terlihat jelas dan sering ibu ungkapkan. Namun berbeza dengan ayah. Sosok lelaki yang mungkin jarang bicara membahas kasih sayang. Lelaki yang jarang mengutarakan cintanya kepada sang anak secara langsung. Tapi hatinya lembut dan penuh dengan kasih sayang. Jadi, selagi ayah masih hidup, hargainya sebaik mungkin.
"Tetap ingat, bagi ayah kamu tetaplah cinta sejati ayah. Kesayangan ayah untuk selama-lamanya."
Kerana kasih sayang seorang ayah itu terlalu berharga buat diri yang bergelar seorang anak.
Β© YEJ1LUV, 2021. All Rights Reserved
Read more