36 parts Complete Siri Umair(ah)alamiri #2
SEQUEL SESAT
Dendam sudah terbalas, sakitnya menjadi tempias. Sendiri punya ulah, sendiri juga tak mampu tahan sakitnya sebuah balasan.
"Aku tak nak keluar. Dekat luar sana aku tak ada sesiapa. Siapa nak jaga aku?!" -Ili
Kes demi kes dibuat agar dirinya terus berada di dalam tahanan. Bukan asbab tak mahu keluar tetapi asbab dirinya yang takut akan ulahnya dahulu.
"Tak apa, aku ada. Selagi kau dengan aku tak akan biarkan mereka terus benci kau."
Yakinnya Jazmy dalam melontar bicara menggegar seluruh atma sang dewi. Percaya dan yakin akan kata-kata tersebut.
Dirinya dibawa jauh oleh Jazmy dari semesta yang menakutkan. Semata demi kesenangan dan keselesaan buat Ili tercinta.
Tapi, masihkah pihak sana berdendam akannya? Masihkah pihak sana tidak boleh menerima bahawa dirinya sekarang serapuh kayu yang dihurung anai-anai.
"Abang, ili takut." - ili.
"Kalau mereka masih benci Ili, abang janji mereka tak akan jumpa ili lagi." - Jazmy
Benar? Itu janjinya?
"Andai sayang kata, sayang rindu along. Abang izinkan?" - Mell.
Rindu bersabung bagai kilat di udara. Namun, bakalkah ia dibalas semula.
Dan tatkala kata maaf dituntut, adakah ia bakal disambut?
Mula: 27/01/2025
Tamat : 28/01/2025