Tajuk: EVA
Penulis: TEY MARZUKI
Harga: RM24 / RM27
ISBN: 978-967-2902-21-8
Dunia diancam bencana jerebu gas beracun dan Bandar Baerney tidak lagi seperti sebelumnya. Hanya tinggal sepi dan kesengsaraan. Eva yang kehilangan seluruh ahli keluarganya, berusaha untuk terus hidup bersama-sama survivor lain dalam dunia apokalips yang penuh cabaran.
Ketika semua harapan hampir memudar, datang satu mesej morse code yang membawa prospek baru. Bantuan untuk pergi ke satu penempatan baru yang menjanjikan keselamatan dan keperluan yang cukup.
Maka bermulalah perlumbaan antara kumpulan survivor yang dianggotai oleh Eva, Aki, Kornia, Maya, Adam dan Zara dengan satu lagi kumpulan yang terkenal dengan sikap kejamnya, hunter.
"Saya cuma berharap kita dapat keluar daripada kesusahan ini semua." - Eva
"Aku tak tahu sama ada mesej yang kita terima tu sesuatu yang jujur ataupun perangkap. Tapi, kalau hunter pun bersungguh-sungguh mencari siapa di sebalik mesej tu sampai sanggup menggeledah seluruh Bandar Baerney, jadi aku rasa tak salah kalau kita periksa dulu." - Aki
"Apa kau sanggup merisikokan diri kita untuk sesuatu yang tak pasti?" - Kornia
Dalam kancah kehidupan yang serba menekan, di mana survival mengatasi prinsip moral, Eva harus memilih antara untuk terus hidup atau berpegang pada nilai kemanusiaan.
Satu keputusan yang sukar, yang pasti akan selamanya mengubah persepsi kehidupan seorang EVA.
Untuk melanggan & pertanyaan:
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069
Suhu badan dibawah 27 darjah.
Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah.
Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas.
Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan.
Kelebihannya, dia tahan sejuk.
Hidup sentiasa dikelilingi dengan alat pemanas dan heater untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun sukar berpeluh ataupun berasa letih.
Digelar sebagai hell girl sejak lahir lagi ekoran simtom pelik yang diperoleh sebagai sindiran kerana suhu badannya sejuk seperti mayat.
Kerana disebabkan hidupnya tidak senormal manusia lain dan keistimewaannya ini. Dia telah dipenjara dalam makmal menjadi bahan uji kaji. Darahnya di ambil, otaknya di scan beribu kali, tulangnya di tebuk, kulitnya di toreh. Segala jenis sel di proses.
Mizuki Aesira terseksa!
Namun ianya tidak berkekalan apabila ada yang datang menuntut kebebasannya demi sebuah keadilan.
Karya dari THTA.
Di atas permintaan ramai yang mahukan genre versi Hell School. Tinta telah memerah otak mendapatkan idea. Maka lahirlah buku ke-43 ni.
Start 2/10/2022
End. 5/11/2022
NOVEMBER 2022.