116 Partes Concluida Tak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya.
Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER!
Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon yang ditapis uminya di kafe The Mad's Lab sambil ditemani Fyn, BFF sejatinya.
Dan...di penghujung hari, di saat seluruh esen tubuhnya bagai disedut kering calon-calon sampah uminya, ketika dia duduk merenung nasib di kolam air di depan kafe, dia ditegur seseorang.
Hadi, lelaki berbeanie hitam, berlesung pipit parentesis yang tiada dalam senarai calon suaminya duduk di sebelah dan menawarkan diri menjadi top of the list.
Beberapa hari kemudian, hari pertama dalam kelas Molekular Biologi, pensyarah subjek itu masuk ke dalam kelas dan memperkenalkan dirinya.
HADI IBRAHIM
Akira terasa dunianya berpusing seratus lapan puluh darjah, dan Hadi merasakan dadanya hampir meletup menahan tawa yang semakin meledak.
Apa jadi seterusnya...?
Bacalah. 😁
KITA melakar perjalanan kehidupan Akira dan Hadi bersama. Setiap bait rindu, setiap melodi kasih, setiap percikan berahi, setiap sulaman hati dan setiap denyutan cinta antara dua jiwa termaktub dalam buku ni.
Tips membaca:
AKIRA, HADI, AKIRA, HADI...
DISCLAIMER:
TERIMA KASIH KERANA TIDAK MENCIPLAK BUKU INI.
Tertakluk di bawah hak cipta terpelihara. Manuskrip sedang diproses.
PERHATIAN!
Buku ni bahan bacaan yang sesuai untuk mereka berumur 23 tahun ke atas sahaja. Tiada unsur-unsur matang melampau dalam buku ini tetapi terdapat penggunaan bahasa kasar dan intimasi.