Betul kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun lamanya. Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran. Namun, kehadiran Nash Dzulkarnain merubah segala-galanya. Ada saja lelaki itu di depan mata berlagak 'superhero' menyelamatkan dirinya daripada serangan demi serangan konco-konco Syed Amran. Yasmin jadi rimas menanggung hutang budi kerana dia tidak perlukan penyelamat walaupun dia hidup dalam ketakutan. Ah, kedegilan Yasmin tidak harus dibiarkan! Nash nekad, gadis itu perlu diselamatkan walaupun diri terkorban. Lagi degil lagi suka dia mendekati Yasmin. Parahnya, dia tidak dapat menafikan hatinya sudah terpaut. Dia akui ini kali pertama dia jatuh cinta! "I love you, Yasmin. I am always here if you want to talk." - Nash "No! Saya tak cintakan awak. Tak pernah cintakan awak. Get a life, Nash!" - Yasmin Betullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. Benar... Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran... Adakah dendamnya terbalas? Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah sudah aturkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. >>> boleh dibeli di SHOPEE KARYASENI dengan harga rm22 sahaja atau di kedai-kedai buku berhampiran anda.
14 parts