Pengorbanan Sang Isteri
  • Reads 80,876
  • Votes 2,873
  • Parts 81
  • Reads 80,876
  • Votes 2,873
  • Parts 81
Complete, First published May 24, 2021
Perjumpaan yang tidak terduga antara Zara dan Ryan mengakibatkan mereka saling jatuh cinta. 

Di saat mereka diulit bahagia, munculnya kekasih lama Ryan menyebabkan dia menjemput cinta lama berputik kembali. 

Zara disahkan hamil. Di saat dia ingin mengkhabarkan berita gembira ini, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak pernah dibayangkan olehnya. 

Ryan melayari hidup bahagia bersama Hanim, namun disebalik kebahagiaan mereka seseorang telah menanggung derita.

Zara bertambah derita apabila anaknya meninggal ketika umur masih kecil. Lama Zara menyepi. Bila dia bangkit semula, dia dikejar oleh seseorang yang pernah mendambakan cinta kepadanya. 

Dugaan demi dugaan menimpa Zara. Bertambah kedukaannya apabila Ryan mengungkap kata cintanya pada Hanim di hadapan Zara. 

Zara diuji lagi dengan hadirnya kekasih lama Hanim. Akibat mendendami Ryan,Zara yang menjadi mangsa sehingga satu saat dirinya bakal diceraikan oleh Ryan. 

Adakah kebahagiaan menanti Zara di masa akan datang?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Pengorbanan Sang Isteri to your library and receive updates
or
#131sad
Content Guidelines
You may also like
Perfect Sky by saraimani99
50 parts Complete
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
You may also like
Slide 1 of 10
[C] Bukan Bidadari Nufail cover
Tengku Darwish Amsyar : His Precious Angel cover
Perfect Sky cover
Cinta Aira ⓒ cover
[C] Cinta Kiriman Tuhan  cover
CRUEL DESTINY | OG cover
Isteri Halal Sementara  cover
PA Bos cover
AYMAN KHAYRA [C] cover
LARA SOFEA {Complete} cover

[C] Bukan Bidadari Nufail

72 parts Complete

BOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan tidak pernah sekalipun, lelaki itu kisah akan dirinya. Seolah dia tidak wujud. Inaya, akuinya yang dia sukakan Nufail. "Kau suka aku?" Dingin. Wajahnya juga datar. Inaya abaikan. Dia sudah biasa dengan sikap dingin Nufail. Inaya angguk. Nufail mengukir senyuman sinis. Inaya dipandang dari atas ke bawah. Penuh menghakimi. "Tapi kau tak bertudung macam dia." Inaya tersenyum tawar. Dia tahu. Jurang dia dan Darya terlalu besar. Tapi wanita itu merupakan isteri orang! Rakan baik Nufail sendiri. 15 Sept 2024 - 03 Okt 2024.