Sissy Victorians

Sissy Victorians

  • WpView
    Reads 356
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Sep 6, 2021
WpInfo
Fiction
Romance
Persahabatan yang bermula dari zaman kanak-kanak,bukan mudah untuk dikekalkan.Daripada empat orang kepada tiga orang,pelbagai dugaan yang mereka bertiga lalui untuk kekal bersama.Bagi mereka bertiga,sahabat bukan satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan mereka.Walaupun tiada pertalian darah,mereka bertiga bagaikan adik beradik. Bagi Farihah,menjadi seorang perempuan dalam keluarga sendiri selain ibunya membuatkan kehidupannya sunyi.Tugas seorang kakak yang bertanggungjawab menjadikan hidupnya lebih mencabar dan bermakna.Bagi Khayla,mempunyai seorang kakak dan adik yang memahami menjadikan dia sangat dihargai.Manakala Raihanah pula sangat bahagia menjadi si adik bongsu dan sering dimanjakan. Bagaimana kehidupan mereka setelah dewasa?Masih bersama ataupun terpisah demi mencapai cita-cita?
All Rights Reserved
#33
teen
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • Awak Ada Saya!
  • The Badboy AND The Badgirl
  • I'll be by Your Side
  • SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
  • Farhah √
  • I Love You , Ketua Pengawas✔
  • Broken Promises

Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.

More details
WpActionLinkContent Guidelines