Kisah ini menceritakan tentang seorang jejaka berbangsa Cina ,berketurunan Tionghao dan beragama Buddha bernama Gan Chia Wei yang menaruh perasaan terhadap seorang gadis melayu yang beragama Islam bernama Maisha Ezreen.Gan Chia Wei mulai jatuh hati dengan Maisha dan agama Islam setelah dia melihat perilaku dan peribadi yang baik di dalam diri Maisha yang menggambarkan betapa indahnya agama Islam sebenarnya. Namun di saat dirinya mulai merasakan perasaan cinta berputik, Chia Wei menidakkan perasaannya dan memendamkan perasaanya kerana menyedari bahawa perbezaan ketara antara mereka dari segi agama, budaya, bangsa, keturunan dan latar belakang keluarga. Namun perasaan cinta kian mekar di dalam hatinya setelah semakin lama mereka saling mengenali. Kecantikan peribadi gadis itu membuatkan Gan Chia Wei semakin tertarik untuk mengenali mempelajari Islam. Maisha berjaya menunjukkan akhlak dan peribadi Yang baik membuatkan hati jejaka berketurunan Tiaonghao ltu tertaut dengan Islam.
Daha fazla bilgi