STOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM
"Sayang nak makan apa hari ni?"
"Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?"
Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad HansAndrew bin Megat Naufal cuma nak pikat hati beku si isteri. Entahlah apa kurang di mata dia. Aku seorang yang perfect okay? kacak, tinggi, dan berharta tapi malangnya sikit pun dia tidak pandang.Dia tidak nampakkah betapa ikhlasnya aku mengahwini dia biarpun aku dipaksa untuk terima dia kerana kedua orang tuaku? oh, sayang please... apa yang kau nak aku buat?
"Bos, are you serious? Daripada pegang pedang samurai dan pancung kepala orang boleh bertukar jadi pegang senduk dekat dapur dan siang ikan? bos takut bini ke?"
"Sorry, ini bukan takut bini. Tapi hormat isteri."
Bila depan Aisyah, dia jadi househusband. Bila dibelakang Aisyah, automatik bertukar menjadi househusband Mafia. Bayangkan, sedang berperang dengan musuh boleh pula dia mendapat panggilan daripada Aisyah yang menunggunya pulang untuk makan malam. Oh My jatuh maruah aku sebagai mafia tergarang!
"Lambat balik? Awak ke mana?"
"Abang pergi beli barang bayi, sayang."
"sejak bila kita ada anak?"
Macam manalah aku nak teruskan dua karakter ini? Sampai bila aku harus berlakon dihadapan isteri sendiri? Dia sangka, dialah suami paling jahat kerana menyembunyikan kerja sebenarnya tapi hakikatnya wanita itu lebih licik daripada yang disangka. Remuk hati apabila ditipu dan dipermainkan.
"Hei, kalau kau nak bunuh aku sangat-sangat bukan dengan cara ni lah! Aku boleh terima semua benda dalam dunia ni, tapi bukan penipuan!"
"Kalau saya nak bunuh, dari hari pertama kita kahwin lagi saya dah bunuh awak!"
"Tak kesahlah apa alasan kau sekali pun. Mulai sekarang, detik ini pada pukul 9 malam, kau bukan isteri aku lagi! Kau tetap akan jadi musuh aku sampai bila-bila dan aku akan cari cara supaya kau lenyap dari muka bumi ni Izz Aisyah!"
[Book 2]
Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan.
Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya.
Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba.
Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat.
Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan.
"Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel
"Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia
Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan.
Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit.
-
Start: 26 Disember 2024
End: -