Story cover for My Heartless Mom🖤💍 by DRiesya_
My Heartless Mom🖤💍
  • WpView
    Reads 1,942
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 19
  • WpView
    Reads 1,942
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 19
Ongoing, First published May 30, 2021
Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang sanggup menjadi ibu susuan kepada anak kecil yang baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya walaupun dia tahu dia masih belum berkhawin dan tidak akan dapat menjadi ibu susuan yang sempurna kepada bayi kecil itu kerana dia baru sahaja menjejaki angka 20-an tetap mengambil keputusan untuk menjadi ibu kepada si kecil kerana itu adalah angan-angannya selama ini. 'Tidak berkhawin tetapi mempunyai anak sendiri'. 

  "Saya nak tolong,Puan",beritahuku.

  "Bagaimana kamu mahu membantu kami? Kami risau kamu terbeban,nak. Kamu masih muda",kata sang suami dengan tegas kepadaku.

   Nak tahu cerita selanjutnya silalah baca yea sebab saya masih baru dan saya tidak berapa pandai untuk buat sinopsis so nak baca boleh baca taknak baca saya tak kesah sebab masa tu masa awak semua bukan saya hehehehe. Cerita ni nak tahu menarik atau tak just boleh cakap 'baca'. thanks a lot💖💖💖
All Rights Reserved
Sign up to add My Heartless Mom🖤💍 to your library and receive updates
or
#85heartless
Content Guidelines
You may also like
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
BERUBAH by lirikakasia
42 parts Complete
Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
80 parts Complete
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] by sopheahadie
46 parts Complete
Sara Jasmeen, gadis malang yang dibuang oleh mamanya sendiri atas kesalahan yang dia tak pernah terniat untuk melakukannya. Membawa diri jauh ke kota Edinburgh pada usia yang sangat muda. 10 tahun menetap di situ mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan dan dunianya terisi dengan hadirnya seorang sahabat susah senang. Selepas 10 tahun, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang, ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raes Amrullah. Raes Amrullah, lelaki biasa namun misteri. Tempoh singkat perkenalan dengan Sara Jasmeen membibitkan rasa yang aneh dalam hati lelaki itu. Sangkanya itulah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan gadis itu, namun ternyata perancangan tuhan itu indah. Beberapa pertemuan antara mereka membuka rahsia hidup Sara yang pedih, berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mengembalikan kebahagiaan dalam hidup gadis itu. Menikmati alam rumah tangga bersama Raes, sedikit demi sedikit memberi sinar baharu buat Sara. Namun, pelayaran cinta bersama Raes tidaklah kekal tenang, satu peristiwa menyebabkan pelayaran mereka dilanda badai apabila hadirnya Firdaus yang menimbulkan kacau bilau. Sekali lagi Sara dibuang,lebih parah dibuang oleh suami sendiri yang telah menabur janji untuk membahagiakannya. Saat kebenaran mula terbongkar, Raes sasau mencari sang isteri namun hampa apabila Sara membawa diri dengan hati yang berdarah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Masih adakah peluang untuk Raes menebus silapnya? Masihkah Sara mengizinkan Raes hadir semula dalam hidupnya? Apakah pengakhiran hubungan Sara dan mamanya? Layakkah Sara merasa bahagia setelah beribu liku yang dihadapi dalam hidupnya?
SOLE MIO [C] by DaisyIntrovert
55 parts Complete Mature
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm cerita ini, maaf ya. Ada berkait sedikit dengan cerita Her Man. Cerita ini saya unpublish buat sementara waktu 🫶🏻 Megat Syafiq x Tengku Sarah " Aku bagi kau pilihan Ara, batalkan perkahwinan kau atau kau akan menyesal " - Megat Syafiq Kejam! Pemusnah! Durjana! Semua perkataan negatif buat lelaki itu tertanam di dalam otak Tengku Sarah. Disaat dirinya diambang kebahagiaan, kemunculan semula lelaki itu membuatkan hidup Tengku Sarah kucar kacir. " You're mine. Takkan ada lelaki yang boleh rampas 'hak' aku ". So, kau cubalah larikan diri macam mana sekalipun, kau tetap akan jadi milik aku Ara " - Megat Syafiq Sulit. Bagaimana dia mahu membuat lelaki itu mengerti jika mereka tidak mungkin akan bersama seperti dulu lagi tambahan pula dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. " Bukan mudah untuk saya cantumkan kembali hati yang awak dah hancurkan suatu ketika dahulu. Kemunculan awak membuatkan hati saya kembali berdarah " - Tengku Sarah Sudah puas mengelak, takdir berkata lain. Akhirnya mereka bersatu kerana satu tragedi. " Bagi aku satu peluang untuk betulkan semuanya Ara " - Megat Syafiq " Awak adalah 'buku' yang saya mahu hapuskan selamanya bahagia. Kembali kepada awak sama saja seperti membaca buku yang sama kerana pengakhiran kita tidak akan bahagia Syafiq" " Ikhlas hanya berlaku pada peluang pertama, jika saya beri awak peluang kedua, keikhlasan itu akan berganti dengan dendam. Awak sanggup ke hidup dengan saya yang akan jadi pendendam? " Mampukah Duda anak satu ini menebus kembali 'kesilapan' yang pernah dia lakukan?
The Teacher is My Husband by RiFMADIHAH
25 parts Complete
Sinopsis Novel: The Teacher is My Husband Karya RiFMADIHAH Puteri Adinda, si gadis jelita bertudung litup, pelajar tingkatan lima yang paling popular kat sekolah-bukan sebab dia peramah, tapi sebab mulut dia boleh tahan berbisa. Semua cikgu pun kena "sound" kalau salah cakap. Tapi hidup dia mula jadi kelam kabut bila munculnya Cikgu Haris Aiman, cikgu praktikal yang terlebih kacak, terlebih tinggi, dan terlebih suka cari pasal dengan dia. Haris Aiman pulak, walaupun baru je posting praktikal, confident dia macam dah sepuluh tahun jadi guru. Bila nampak Puteri Adinda, terus naik darah. Dia ingat dia boleh "tundukkan" budak garang ni dengan cara tegas dia. Tapi malangnya, setiap hari ada je drama-gaduh mulut kat kantin, balas-membalas sindiran dalam kelas, siap ada "cold war" sepanjang koridor sekolah! Tapi... macam kata orang tua-tua, "kalau dah jodoh, gaduh pun boleh jadi sayang." Daripada saling benci macam Tom & Jerry, hati mula berdetak pelik bila si garang jadi caring, bila si cikgu mula senyum ikhlas. Tapi cinta tak semudah ABC bila beza umur, status dan profesion jadi tembok besar antara mereka. Macam mana si pelajar boleh jatuh cinta dengan cikgu? Lagi-lagi cikgu praktikal? Dan yang paling penting... macam mana si cikgu boleh berani jawab soalan paling ditakuti: "Cikgu, awak sudi kahwin dengan saya?" Sebuah kisah cinta penuh tawa, gelora hormon remaja, dan percintaan yang tak disangka-sangka. Kalau kau rasa kau benci seseorang... hati-hati. Mungkin tu jodoh kau. 😏💕
You may also like
Slide 1 of 9
Terpadamnya Lilin di Tangga cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
BERUBAH cover
Melihatmu, Mencintaimu cover
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] cover
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] cover
SOLE MIO [C] cover
The Teacher is My Husband cover
Broken Bodies (21+) cover

Terpadamnya Lilin di Tangga

9 parts Ongoing

Mimpi aneh yang menyakitkan membawa Umair Jayden ke sebuah perkampungan nelayan. Di situ dia bertemu Saufi, anak muda yang menguatkan keyakinannya pada gerak hati. "Ibunya mengalami kemurungan, adiknya ada masalah penglihatan dan perlukan pembedahan segera. Sedangkan si abang hanyalah penjahit pukat." Namun, penerimaan Jusoh hanya separuh hati. "Tak masuk akal! Siapa dia ni?" Dalam kekalutan, ada Awatif yang ingin mempercayai. "Kak Atif sedar tak, dia hanya ambil kesempatan atas ketiadaan Hambali?" Penolakan yang berkali-kali menjadikan Umair tahu diri. Ketulusannya yang diragui membuatkan harapannya koyak dan jiwanya rabak. "Saya belajar menjadi gagah. Walaupun diri hampir patah macam papan-papan lama jeti tu." - Umair "Dia dah tak ada lagi dalam hati kami. Dia dah matikan seluruh rasa bahagia dalam keluarga ni!" - Jusoh Kelukaan Umair membirat hingga membawa langkahnya pergi. Namun, tanpa disedari, ada cebisan memori yang dia tinggalkan dalam hati seseorang. Terpanggilkah rindu pulang ke pangkuan?