Story cover for Nirnama by HilalAsyraf
Nirnama
  • WpView
    Reads 41,657
  • WpVote
    Votes 798
  • WpPart
    Parts 6
  • WpView
    Reads 41,657
  • WpVote
    Votes 798
  • WpPart
    Parts 6
Ongoing, First published May 31, 2021
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat.

Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama.

Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama.

Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya?

Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih?

Siapakah sebenarnya Nirnama?
All Rights Reserved
Sign up to add Nirnama to your library and receive updates
or
#19pengembaraan
Content Guidelines
You may also like
Young Genius (Bahasa Melayu) by Fizmanhealer
8 parts Ongoing
Dalam hutan yang sunyi, tersembunyi seorang pemuda luar biasa bernama Luqman. Pada usia 15 tahun, dia bukan sekadar remaja biasa,dia adalah seorang genius dengan IQ 500, seorang pemikir yang mampu melihat apa yang orang lain tidak dapat bayangkan. Namun, kehidupannya berubah apabila Sultan Rahman dari Kerajaan Mahligai mengundangnya ke istana setelah mendengar kisah kehebatannya. Tetapi, istana bukanlah tempat yang aman. Pengkhianatan bersembunyi di sebalik dinding megah, musuh bergerak dalam bayangan, dan takhta berada dalam bahaya. Tanpa disangka, Luqman kini menjadi satu-satunya harapan kerajaan. Bersama Putri Aina, puteri raja yang cantik, berani, dan memiliki kecerdasan yang luar biasa,mereka menyusup ke dalam kegelapan istana untuk membongkar rahsia terbesar dalam sejarah Mahligai. Namun, semakin dalam mereka menyiasat, semakin banyak nyawa yang terancam. Musuh bukan sahaja di dalam istana, tetapi juga dari kerajaan luar yang menunggu saat untuk menyerang. Dengan kepintaran, strategi, dan keberanian, Luqman harus berhadapan dengan permainan kuasa yang kejam. Siapakah yang akan menang dalam permainan minda dan tipu daya ini? Adakah seorang genius mampu mengalahkan mereka yang berpengalaman dalam muslihat dan politik? Atau adakah dia sendiri akan jatuh dalam perangkap yang tidak dapat dielakkan? "Di medan perang, pedang boleh membunuh. Tetapi dalam medan politik, satu langkah yang salah boleh menghancurkan sebuah empayar."
HER BEAUTIFUL COMFORT (TERBIT)  by snowdreamm
13 parts Complete
Status: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Mahfuzah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Blurb: Di sebalik senyuman Zuha, tersembunyi luka lama yang masih berdarah. Hidupnya tenang namun seakan sepi, di mana sepi itu lahir dari trauma silam yang tidak pernah pergi. Akan tetapi, kehadiran lelaki asing itu seakan membawa sinar yang dia impikan selama ini. "Bukti pun tak ada. Siapa je nak percaya cakap saya ni?" - Zuha Mahfuzah "Aku. Aku percayakan kau." ‐ Zuhayr Muqri Sepasang mata bundar gadis itu telah berjaya merenggut ketenangan Zuhayr. Pandangan itu penuh luka dan rahsia, membuatkan hatinya terikat oleh rasa ingin melindungi. Lantas, sebuah janji dimeterai walaupun dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu untuk menunaikannya. "Janji dengan saya, Zuha. Cari saya setiap kali awak ingin menangis, boleh?" - Zuhayr Muqri Namun takdir tidak pernah berhenti menguji. Saat bahagia mula mekar, rahsia yang sekian lama terkunci akhirnya terbongkar lalu menggoncang segalanya. "Hayr, isteri kamu sebenarnya..." Zuhayr mula dihantui rasa bersalah, sedangkan Zuha kembali terperangkap dalam kegelapan malah semakin tenggelam dalam kerapuhan itu. "Abang, Zuha dah penat sangat. Izinkan Zuha berehat." - Zuha Mahfuzah Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zuha selama ini? Di antara kehilangan dan harapan, mampukah Zuhayr menggenggam kembali tangan yang hampir terlepas? Atau kisah cinta mereka akan karam dalam luka yang tidak pernah sembuh? Start date : 8/9/2023 End date : 1/11/2023
Kisah Aku dan Dhea [C] by hazelmorgan_
46 parts Complete Mature
Leftenan Seif Mukhriz @ Rajawali - Seorang penembak tepat (sniper) yang bertugas dibawah PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan berusia 27 tahun (2023). Hidupnya serba teratur, bertugas demi negara, penembak hendap terbaik dalam plantun menjadikan Seif seorang yang sangat berpendirian dalam menentukan hala tuju hidupnya. Namun, selepas satu kejadian menimpanya pada malam ulang tahun adiknya mengubah kehidupan Seif 360 darjah. Dhea Zalindra - Seorang pelajar tahun akhir dalam bidang doktor perubatan di salah sebuah universiti terkenal di Jogjakarta berusia 24 tahun. Bersikap sangat peramah dan terbuka membuatkan Dhea sangat disukai ramai. Kini, ketibaannya pulang ke tanah air mengundang kepada satu 'plot-twist' yang mengubah jalan cerita hidupnya. "Mama, Seif cakap Seif taknak! Kenapa nak paksa ni? Malam semalam hanya kesilapan kami sahaja. Takda niat nak kahwin sampai macam ni!" - Leftenan Seif Mukhriz "Saya hanya nak tolong awak! Bukan saya sengaja buat semua benda ni." - Dhea Zalindra Pengenalan kurang sebulan itu membawa ke jinjang pelamin, namun Seif ikhlas menerima Dhea sebagai seorang peneman hidup, cinta mula berputik biarpun dalam masa yang singkat. Kepulangan Dhea ke Indonesia membuatkan Seif terlupa janjinya kepada gadis itu. Namun selepas satu peristiwa hitam berlaku dalam kehidupan Leftenan Seif Mukhriz selepas bertempur di Lebanon, kini jejak langkah si isteri dicari walaupun sangat asing bumi Indonesia itu dimatanya. Seif mempunyai misi sendiri ; sasar tepat pada hati isterinya untuk jatuh cinta semula padanya dalam tempoh 3 minggu. Dia tekad untuk buktikan cintanya kembali walaupun si isteri sudah lama berpaling arah. Seif tenang berpegang dengan kesetiaan kepada negara dan insan bergelar isteri. "Awak ikat hati saya pada awak, ini yang saya dapat?" - Dhea Zalindra "Please, sayang. Tolong terima abang semula. Abang akan buktikan Rajawali ini sasar tepat di hati sayang." - Leftenan Seif Mukhriz
You may also like
Slide 1 of 8
GAMES NOT OVER-Mutants War cover
Young Genius (Bahasa Melayu) cover
HER BEAUTIFUL COMFORT (TERBIT)  cover
Aliz cover
Kasih padanya cover
Rhythm cover
Kisah Aku dan Dhea [C] cover
Nakhoda Hati Mu cover

GAMES NOT OVER-Mutants War

5 parts Complete

Kejadian berlatar belakangkan warga Malaysia yang mempunyai kuasa atau sesuatu yang istimewa, Mereka saling ditakuti antara satu sama lain. Dan ada seorang Mutant berniat jahat membuat rancangan merampas bumi dan menghasut Mutant lain menyertainya, dan membunuh semua Mutants yang cuba menentangkan. Apakah yang akan terjadi? Berjaya kah Hime the Black Witch merampas Bumi. Dan Berjayakah Puak Mutant lain mempertahankan Bumi?