Kerana 'kewujudan' itu, MAYA HARLISYA DATO' HAJI SMITH ABDULLAH kehilangan segalanya, dia dibuang keluarga, dipulaukan oleh sahabat malahan juga terputus ikatan pertunangan dengan jejaka yang merupakan cinta pertamanya. Namun, kerana 'kewujudan' itu beliau dihadiahkan dengan rezeki dan kehidupan yang sungguh luar biasa sehingga bergelar usahawan berstatus PUBLIC FIGURE, usahawan yang cukup terkenal dalam menerajui MAY'NIAL CAKES & CAFÉ BOUTIQUE. Rezeki dan kehidupan luar biasa bergelar usahawan PUBLIC FIGURE JANDA HOT ANAK SATU kepada DANIAL ARMAND BIN ABDULLAH. "Are you the mother of this kiddo?" "Yes Sir." "Siapa ayah kepada budak ni?" "Abdullah, sudah meninggal dunia, lama dah." DATO' ENGKU SHAMZY DAMIEN ARASH, lima tahun peristiwa hitam itu berlalu kini bangkit kembali demi membalas dendam penuh kesumat di atas kehilangan yang dasyat dalam hidupnya! "Welcome back to Malaysia Boss!" "Hokoku-sho (Report)?" "Err, aku ada jumpa satu budak lelaki ni dalam umur 5 tahun, muka dia sebiji macam boss." "You ni setan ke, eh, I mean Dato' ni Beragama Islam ke?" "Kenapa?" "I besarkan Danial mengikut agama yang I anuti Dato'. Kembalinya Danial Armand ke pangkuan ayah kandung mengembalikan semula Maya Harlisya ke pangkuan keluarga, sahabat dan juga cinta pertamanya, akan tetapi dia kehilangan status usahawan PUBLIC FIGURE JANDA HOT ANAK SATU sehingga beliau hampir menempuhi ambang muflis dan kejatuhan era kegemilangan! "Saya merupakan suami kepada Datin Maya Harlisya dan papa kepada Engku Danial Armand, maafkan abang sayang lama menghilangkan diri." Dek kerana pengakuan palsu itu dihebahkan kepada umum dan dunia demi menyelamatkan reputasi perniagaan dan PUBLIC FIGURE Maya Harlisya, maka di sini segalanya bermula. © Mellbie ISR Rights Reserved 2021