29 parts Ongoing Elsa membesar tanpa jejak seorang ayah dan tanpa kasih seorang ibu, yang membuatkan dia terpaksa belajar berdikari sejak kecil. Dingin bukan kerana sombong, tetapi kerana takut bergantung pada cinta lagi-terluka akibat pengkhianatan dan konflik yang pernah menghancurkan kariernya sebagai pegawai penyiasat tujuh tahun lalu, memaksanya menghilangkan diri. Kini, dia kembali dengan tekad dan kematangan, mengurus empayar syarikat keluarga sambil menanggung luka lama dan semua beban sendirian.
Ayaaz, cinta pertama Elsa semasa sekolah dan kini pegawai penyiasat, telah sabar menunggu Elsa selama 11 tahun. Meski bergelut dengan masa lalunya sendiri dan tanggungjawab sebagai bapa kepada seorang anak perempuan berusia enam tahun, Ayaaz tetap berjuang menyokong Elsa, walau hati dan jiwanya diuji oleh rahsia masa lalu Elsa.
Malam reunion sekolah yang ke-11 menjadi titik pertemuan mereka. Setelah menahan hati selama bertahun-tahun, Elsa akhirnya berani melamar Ayaaz. Perempuan yang selama ini dingin akhirnya merendah diri. Cinta pertama bagi Elsa bukan sekadar romantik, tetapi lahir daripada pelarian takdir yang mengikat hatinya. Namun kegembiraan itu terusik oleh tragedi malam itu, yang menguji keberanian dan kepercayaan mereka.
Di tengah cabaran dan misteri, Ayaaz berusaha menyingkap rahsia masa lalu Elsa, termasuk pengorbanan Mikhael yang lama menjadi teka-teki. Ikatan rumit antara Mikhael, Elsa, Lunara, dan Eva, anak perempuan Ayaaz, menambah ketegangan yang memerlukan keberanian dan kepercayaan. Bersama pasukannya, mereka menyiasat rangkaian kes berlapis, di mana setiap petunjuk membawa mereka semakin dekat kepada konspirasi gelap yang mengancam kehidupan Elsa, di mana cinta, trauma, dan misteri bersatu dalam satu perjalanan yang mendebarkan.