WARNING!!:
(Fanfiction about Siblings, not LGBT)
"Kita takkan berpisah?", soalku dengan wajah penuh harapan, mengharapkan jawapan dari si dia.
"Ya.",balas si dia terhadap soalanku.
"Terima kasih, Halilintar! Sayang kau!" Dan tanganku memeluk erat pinggangnya.
--------------------------------------
Betapa sayangnya diriku padanya, walaupun sifatnya bertentangan dengan diriku, namun semua perkara yang meremehkan itu tidak memutuskan pertalian hubungan saudara kami.
Bak kata orang,air yang dicencang tidak akan putus. Begitulah hubungan kami, kami sangat rapat bagai isi dengan kuku.
Namun, suatu hari... Suatu kisah buruk betul-betul berlaku di hadapan mataku ini.
Kerana satu kejadian, dia pergi meninggalkan diriku.
Dan ku merindui saat ku bersama dirinya memori itu sentiasa menghantui fikiran dan jiwaku ini. Diriku ini bagaikan dirasuk hantu saat mengingati dia. Menangis tidak berhenti-henti.
Ah, rindunya aku pada dia. Alangkah bahagianya jika dia masih bersamaku lagi.
Namun, aku tidak boleh mengalah. Ku harus melakukan sesuatu!
--------------------------------------
"Kau janji kau akan siapkannya?"
"Aku janji."
Dari situ, bermulanya sebuah kisah yang merumitkan dalam hidupku. Ya, demi dia... Aku sanggup melakukan apa-apa saja... Termasuk MENGGADAIKAN NYAWA AKU!!!
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba.
Gigabot: Urgh....
BoBoiBoy: Apakah?!!
Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fantasi yang magis.
Gopal: Yahoo!!
Saksikan kehidupan mereka di dunia baru. Bagaimana anggota TAPOPS nak cari mereka? Apakah kesudahannya?
Silakan baca
Harap anda suka @MohdIkmalJamal