Alaika. Seorang gadis berkulit sawo matang yang berasal dari keluarga yang penuh serba kekurangan, tapi padanya hidup sebagai seorang anak angkat amat cukup sempurna apabila dikelilingi ibu dan ayah yang selalu mengambil berat tentang diri nya dan amat menyayanginya biarpun bukan dari segi harta benda seperti yang diimpikan oleh orang lain. Baginya dia lah manusia paling beruntung di dunia ini, dia berjanji pada dirinya selagi kudratnya masih mampu dia pasti akan membalas jasa kedua orang tuanya. Nadeem. Seorang jejaka tinggi lampai, mempunyai raut wajah yang tampan dan personaliti yang dingin menjadikannya kegilaan ramai gadis, namun dia memilih untuk tetap setia mengejar cinta pertamanya Arisa seorang gadis ayu yang putih mulus bermata coklat. Sungguh cantik, bagi Nadeem tiada tandingan jika disebut gadis bernama Arisa tersebut. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya kepada gadis itu. '''''''''''''''' "Ma please Deem tak nak kahwin dengan perempuan tu, Deem dah ada pilihan sendiri, lagipun Deem tak ready lagi nak kahwin Deem baru 23 Ma, please pujuk Papa, I still want to enjoy my life" "Ya Mama faham Deem, you're still young, tapi Deem kena tahu ini untuk kebaikan Deem juga, Deem tahu kan Papa tak akan bagi Deem position kalau Deem tak kahwin dengan Ika. Lagipun Mama tengok Ika tu baik sangat, dia la yang paling sesuai dengan anak Mama ni bukan perempuan lain, Papa pun pilih Ika sebagai bakal menantu mesti ada sebab Deem, percayalah restu keluarga penting sangat dalam sesebuah perkahwinan."All Rights Reserved
1 part