PENULIS : AZIEANA
ISBN NO. : 978-967-2467-57-1
HARGA : RM28.00 (SM) / RM31.00 (SS)
BLURB:
Aydan nekad mengakui keburukannya di hadapan perempuan yang tidak kenalinya, gara-gara geramnya kerana asyik digesa oleh Puan Sri Hayati supaya dia segera berkahwin.
"Dari segi luaran, I ni nampak hebat, tapi hakikatnya I ni jenis lelaki yang panas baran, pengotor, suka sepah-sepahkan semua barang dalam bilik, letak pakaian merata-rata, termasuklah seluar dalam I." - Aydan
Anis yang terkejut segera meninggalkan restoran tempat janji temunya dengan si tunang. Dan ketika itulah baru Aydan sedar yang dia tersilap cakap. Sangkanya, itulah perempuan yang sepatutnya dia jumpa. Rupa-rupanya, dia tersalah orang. Argh... malunya!
Sebagai seorang anak, Anis akur dengan jodoh yang telah diaturkan untuknya. Namun bahagia yang diharap bersama Syaqeer ditabur pahitnya hempedu. Penceraian yang diminta, dibalas dengan lafaz talak tiga!
Hidup sendirian, Anis harus bekerja kembali. Akhirnya dia nekad untuk menghubungi Aydan dengan harapan lelaki itu dapat memberikan peluang pekerjaan kepadanya. Sebenarnya, Aydan pernah menawarkan dia bekerja semasa mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu dia bekerja di chalet.
Peluang untuk Aydan mendapatkan Anis terbuka apabila mereka bekerja sebumbung.
"Cara encik pandang muka saya tu macam ada sesuatu yang pelik kat muka saya aje." - Anis
"I pernah melamar you untuk jadi isteri I. You lupa? Lamaran yang sebelum ini masih valid dan tak ada tarikh luputnya." - Aydan
Pada masa yang sama, Syaqeer tiba-tiba muncul untuk kembali semula kepada Anis. Untuk mengelak daripada terus diganggu oleh Syaqeer, Anis menerima Aydan. Tapi hubungan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Wujud pula Safiera dan Zureen yang merebut hati Aydan, dan Syaqeer yang mahu kembali semula kepada Anis. Berjayakah hubungan Aydan dan Anis dipertahankan apabila wujud insan lain yang mahu menggugat hubungan mereka?
KAPSYEN:
Mencintaimu merupakan perkara terindah dalam hidupku!
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi