Story cover for Necromancer (ON GOING) by OhMyHanafi
Necromancer (ON GOING)
  • WpView
    LECTURAS 60
  • WpVote
    Votos 10
  • WpPart
    Partes 2
  • WpView
    LECTURAS 60
  • WpVote
    Votos 10
  • WpPart
    Partes 2
Continúa, Has publicado jun 14, 2021
Kematian? Itulah benda yang telah dilalui Zeiss sebelum ini, rohnya terus-menerus berlegar di atas muka bumi ini, hinggalah pada satu titik dirinya termasuk ke dalam tubuh seorang jejaka dengan kondisi kesihatan yang sangat buruk. Sejujurnya pemilik si tubuh sudah mati, tetapi sedetik sebelum jejaka itu meninggal roh Zeiss merasuki tubuhnya.

Semuanya terjadi tanpa dia duga, orang yang hanya diperhatikan selama ini bakal digantikan dengan dirinya sendiri. Namun disebalik khabar gembira ini terdapat sebuah rahasia yang bakal terungkap tidak lama lagi.

Maka dari sini bermulalah perjalanan Zeiss sebagai seorang pengembara.

Beliau juga dikenal sebagai...

Necromancer!

START:
17/6/2021

CONTINUE:
8/2/2024
Todos los derechos reservados
Regístrate para añadir Necromancer (ON GOING) a tu biblioteca y recibir actualizaciones
O
#6bangsawan
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
AISARA (COMPLETED) ✔ de Syaf_Asriqa
47 partes Concluida
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Ascend - Sang Pengendali Sistem de fiqzstory
25 partes Continúa Contenido adulto
Kau bukan dilahirkan untuk jadi hero. Tapi kau dipaksa jadi raja di dunia yang sedang mati. Malaysia kini berhadapan dengan ancaman misteri global-dungeon break, pintu ke dunia kegelapan yang terbuka secara rawak dan melepaskan makhluk luar logik. Dunia berubah dalam sekelip mata, dan hanya mereka yang dipanggil hunter mampu bertarung demi kelangsungan manusia. Aiman Zahrin, seorang pelajar universiti miskin dan gagal menjadi hunter, secara tidak sengaja diserap ke dalam dungeon dan dihubungkan dengan satu sistem aneh yang tidak wujud dalam pangkalan mana-mana negara. Sistem itu tidak hanya memberinya peluang kedua untuk hidup-tetapi memilihnya untuk jadi sesuatu yang belum pernah wujud: Necro Monarch. Dengan sistem yang membolehkan dia menghidupkan semula musuh yang dibunuh dan menyerap kekuatan mereka, Aiman mula mendaki jalan berdarah menuju puncak dunia hunter. Namun setiap kemenangan datang dengan kehilangan-rakan mati, keluarga terkorban, dan hatinya makin tenggelam dalam kegelapan. Dalam diam, adik lelakinya Azim-seorang hero terpilih dengan kuasa bertentangan-telah diculik dan dilatih di dunia lain sebagai penyelamat manusia, dan ditakdirkan untuk menjadi musuh terakhir kepada abangnya sendiri. Dunia kini berada di ambang kemusnahan apabila makhluk dari dimensi luar menyerang Malaysia, memusnahkan Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam dungeon break terbesar yang pernah berlaku. Harapan manusia terletak antara dua bersaudara-seorang hidup bersama cahaya, seorang memimpin kematian. Siapa sebenarnya musuh dalam dunia yang dibina oleh sistem ini? Adakah kuasa yang mampu menghidupkan yang mati patut dimiliki seorang manusia? Dan... berapa harga sebenar untuk menjadi raja terakhir dunia? Inilah kisah tentang kebangkitan dari bawah tanah, peperangan jiwa, dan harga yang dibayar untuk kuasa. Ini bukan kisah tentang jadi hero. Ini kisah tentang jadi sesuatu yang semua makhluk takut-Necro Monarch.
HAZRAEL | TERBIT de harleenxira
30 partes Concluida
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? de Merci_Misha
62 partes Concluida
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ de Syaf_Asriqa
60 partes Concluida
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Quizás también te guste
Slide 1 of 8
[C] Adventure to the Strange World 2 cover
AISARA (COMPLETED) ✔ cover
Ascend - Sang Pengendali Sistem cover
HAZRAEL | TERBIT cover
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? cover
2. Season 1 : This Is My Fate cover
KAISER : The Hidden King cover
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ cover

[C] Adventure to the Strange World 2

23 partes Concluida

~Sambungan daripada cerita 'Adventure to the Strange World' aka 'Pengembaraan Ke Alam Aneh' Selepas 5 tahun berlalu sejak masuk ke alam aneh, Siti Syazanah, Nik Akhil, Shasya Edrina, Ismail Razak, Nur Halimah dan Tengku Ehsan menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Masing-masing sudah berumahtangga bersama-sama dengan pasangan mereka. Namun, mimpi yang mengganggu lena Siti Syazanah menyebabkan dia nekad untuk mencari rakan-rakannya yang pernah dia bertemu ketika berada di alam aneh itu. Dengan usaha dan doa, akhirnya mereka berenam disatukan. Alam aneh kini sudah menjadi kacau-bilau. Dengan bantuan Mila Liyana dan Shahril Razali, mereka berenam dapat masuk semula ke alam aneh untuk menyelamatkan alam itu daripada musnah. Dapatkah mereka menyelamatkan alam aneh itu? Bagaimana pula dengan nasib mereka selepas didedahkan dengan kehidupan di alam aneh itu setelah 5 tahun mereka hilang ingatan berkenaan dengan alam itu? Sertailah kembara mereka di dalam 'Adventure to the Strange World 2' yang lebih menarik dan mencabar! ✓Mula diterbitkan : 01/03/2019 ✓Tarikh siap : 20/03/2019 *100% idea sendiri *Mohon jangan ciplak! *Karya pengembaraan yang ke4 *Selamat membaca ^^ Most Impressive Award #7 fantasi #4 adventure #1 bahasa #1 pengembaraan