🥀✨
"Aku akan cari kau...my first love" - Tuan Dayyan Qayyim.
TUAN DAYYAN QAYYIM, Seorang jejaka yang kaya, muda dan kacak. Namun disebalik kejayaannya, terdapat satu kisah gelap. Akan tetapi, hadirnya seorang gadis menjadi cinta pertamanya namun nasibnya malang cinta pertamanya itu sudah hilang sejak 5 tahun yang lepas.
Demi mencari cinta pertamanya, dia sanggup membuat apa sahaja untuk mencarinya. Namun rancangannya gagal apabila dia bertemu dengan seorang gadis yang bertudung cantik.
TENGKU TIARA HAFSAH, Seorang gadis yang bertudung cantik. Keluarganya sangat kaya dan tegas dengan prinsip. Namun disebalik senyumannya yang manis, Tengku Tiara Hafsah ada kisahnya yang tersendiri.
Setelah difitnah berdua-duaan dengan lelaki pada umur 16 tahun merupakan satu ujian yang sangat besar bagi Tengku Tiara Hafsah.
Dia dipaksa berkurung di rumah selama 5 tahun oleh ibubapanya. Tiada kawan, tiada telefon pintar, dan tiada orang untuk dia berbual.
"Mama! Papa! Sumpah Hafsah memang tak buat semua benda keji tu!!!" - Tengku Tiara Hafsah.
Apabila dia cuba menafikan fitnah tersebut makin ibubapanya percaya dengan fitnah tersebut.
"Dahlah tu Hafsah! Mama dan Papa sungguh kecewa dengan Hafsah! Sanggup Hafsah buat Mama dan Papa macam begini?! Mana Mama dan Papa nak letak muka ni?! Semua kawan Mama dah tahu yang Hafsah buat benda keji tu!! Mak Jah, jangan biarkan si Hafsah tu keluar dari rumah! Kurung dia dekat bilik kalau kami kat rumah!" - Puan Hanim Nabila.
🥀✨
Semuanya berubah apabila dia dijemput hadir ke majlis mewah yang diadakan di 'cruise' yang sangat besar.
🥀✨
"Saya sayang abang till Jannah!" - Tengku Tiara Hafsah.
Kejadian 8 tahun dahulu terus bermain dalam fikiran Diyanaa Ameera. Khabar berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia kerana dibunuh tetap bermain di fikiran nya. Dalam likungan usia 13 tahun dia harus hidup tanpa belaian kasih seorang ayah dan ibu. Dia memasang nekad hendak mencari pembunuh ayah nya. Dengan sedikit maklumat yang dia dapat dari pemberi maklumat dia tahu yang dia mampu mencari pembunuh ayahnya.
Kehadiran Zhareef Anaqi dalam hidup Diyanaa Ameera memusnahkan harapannya untuk mencari Pembunuh Ayahnya. Tetapi dalam tidak sedar dengan kehadiran Zhareef Anaqi lah yang membawa dia berjumpa dengan pembunuh ayahnya.
"Oii... Kau buat apa sorang-sorang dekat sini?". -Zhareef Anaqi-
Diyanaa terus memusing kan kepalanya. Dia terkejut sekali apabila ada orang yang tiba tiba menegurnya. Dia begitu marah sekali dengan teguran itu, kerana baginya teguran itu tiada adab langsung.
"Aku tengah main masak- masak dekat sini, kau tak nampak?". -Diyanaa Ameera-
Dalam tidak sedar timbul satu perasaan diantara mereka berdua berjaya kah Diyanaa Ameera dan Zhareef Anaqi menjumpai pembunuh ayahnya...