YURI KATSUNE - Sejarah keluarganya penuh dengan dosa. Darah menjadi mainan, nyawa seolah-olah tidak berharga. Namun, hidupnya kembali ke pangkal jalan apabila dia mendapat hidayah.
KENZAKI RYU- Dia selalu menjadi bayang kepada Noura Arfa. Amanah datuk tirinya, Matsumoto Hiro supaya melindungi gadis si pewaris kepimpinan Yakuza Suichiro itu dipegang sebaik mungkin.
"Ryu, aku tak perlukan kau!" - Yuri.
"Kau takkan mampu halang dia orang, Yuri!" - Ryu.
Kerana dendam, Yuri diburu. Kerana kasih, Ryu melindungi. Namun, kerana itu jugalah, bayang tidak selalunya akan menjadi bayang. Disebabkan perbezaan darjat, Ryu terpaksa berundur.
Kini, tiada lagi Yuri Katsune di dalam hatinya melainkan Noura Arfa. Begitu juga dengan Yuri, tiada lagi Kenzaki Ryu di dalam fikirannya melainkan Nael Rizq, si penghalang kegengsteran nombor satunya.
"Bunga sakura takkan kembang di Malaysia." - Kaburagi Kuro.
Masa silih berganti, semarak dendam semakin mekar. Yuri dan Ryu, kedua-dua manusia ini tidak akan pernah aman daripada kekacauan. Gelaran mereka: Yokai!
Tarikh mula: 28 Jun 2021
Tarikh akhir: -
Cover: Dinnaz_
🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20.
Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan.
ANGEL_K20
28/06/2021
🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 All Rights Reserved
Read more