Amri Mikhail, 22 tahun bekerja sebagai guru yang menjadi idaman ramai pelajar perempuan baru sahaja bertukar ke SMKDARY. Sejak itu dia mula jatuh hati dengan seorang gadis yang merupakan pelajarnya. Gadis itu telah menarik perhatiannya yang membuatkan dia ingin lebih rapat dengan gadis tersebut. Saliyatul Adawiah adalah seorang pelajar Tingkatan Lima di SMKDARY. Dia seorang gadis yang lemah lembut dan mesra tetapi dia sukar untuk bergaul dengan lelaki kecuali ahli keluarganya dan orang yang dia rasa selesa. Pada suatu hari, guru kesayangannya terpaksa pindah ke sekolah yang lain dan dia mendapat tahu bahawa guru yang bakal mengajarnya adalah seorang lelaki.