Kenapa aku dilahirkan sebagai Alpha? ¬- Kim Jong In Dia dilahirkan sebagai ketua kawanan serigala jadian Bukit Serigala. Sejak kecil dia diberitahu, hanya serigala Alpha betina yang akan menjadi jodohnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada manusia biasa. Kacaknya dia. - Kim So Hyun Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap jejaka pendiam itu. Namun dia sedar yang mereka berbeza taraf. Lelaki itu anak orang kaya. Manakala dia berasal dari keluarga miskin. Kim Jong In sedar cintanya kepada Kim So Hyun hanya akan menimbulkan kesulitan kepada kawanan serigalanya. Dia akan kehilangan kuasanya dan kawanan serigala akan kehilangan ketua. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah memerhatikan kesayangannya dari jauh. Namun satu-persatu peristiwa yang membahayakan nyawa Kim So Hyun berlaku. Kim Jong In terpaksa melanggar janji dan mendekati gadis itu. Ini semua demi keselamatan Kim So Hun sendiri. Cinta yang selama ini dipendam makin marak. Sekali gus membuatkan kuasanya makin lemah. Dia tidak mampu sembunyikan lagi perasaannya. Buat seketika dia hanya mahukan bahagia. Tiba-tiba, muncul pula serigala dari Tasik Serigala memberikan tentangan kepada kawanan serigala Bukit Serigala. Mahu merampas kawasan dan menjadi Alpha yang baru. Kim Jong In terpaksa memilih. Cinta atau tanggungjawab? Hatinya atau tugasnya sebagai ketua? Pilihan mana yang akan Kim Jong In buat? Mampukan dia melupakan cintanya? Kalau kau mampu. Hindari dia - Byun Baekhyun